“Hampir Dua Tahun Tidak Jumpa”- Siti Saleha

KUALA LUMPUR: Pelakon 7 Hari Mencintaiku 2, Siti Saleha tidak sabar menanti pintu sempadan dibuka untuk ‘terbang’ ke England bertemu ibu dan kakaknya.

Saleha berkata, hampir dua tahun dia tidak bertemu ibu, apatah lagi keadaan makin buruk dengan penularan pandem1k COV1D-19, membuatkan dirinya bimbang.

Saleha mengaku sudah hampir dua tahun tidak berjumpa ibunya yang menetap di UK. Foto IG Siti Saleha

“Sebelum ini, sudah menjadi rutin untuk saya pulang ke United Kingdom (UK) setiap tahun. Namun, tahun lalu, saya mengubah rancangan dengan bercuti bersama adik-beradik perempuan di Croatia,” katanya kepada BH Online.

Saleha berkata, ibunya ‘bising’ apabila mendapat tahu mereka bercuti tetapi tidak berjumpanya.

“Hampir dua tahun tidak bersua, tentulah rindu. Ini tempoh paling lama kami tidak berjumpa.

“Bagaimanapun, kami selalu berhubung melalui telefon untuk bertanya khabar,” katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, pelakon kacukan Melayu-Inggeris itu tidak menyangka drama 7 Hari Mencintaiku 2 mencatat 12 juta penonton dan bakal disambung untuk musim ketiga.

Akui Saleha, 30, sejak mendirikan rumah tangga dengan pegawai kerajaan, Ahmad Lutfi Azhar, 34, dia sebolehnya cuba mengelak daripada terikat dengan drama rantaian panjang.

Namun, Saleha tidak ada masalah menerima menimbang tawaran produksi itu.

“Saya ada mendengar khabar angin ada sambungan, tetapi tidak sangka betul-betul terjadi. Sebagai pelakon, apa yang menjadi kebimbangan adalah apakah drama itu mampu mengukir kejayaan seperti musim yang terdahulu?

“Tapi saya percaya dengan karya Siti Rosmizah yang ada plot sendiri dan masuk akal. Lagipun, penonton sukakan cerita yang ada k0nflik.

“Namun, setakat ini, pelakon tidak tahu jalan cerita musim ketiga,” katanya.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Kini

Sumber : BH



via Sinar Viral Network

Post a Comment

0 Comments

loading...