“dua-dua ke berbadan dua?” – Hamil 6 Bulan, Adik Ipar Raja Farah Naik Pelamin Meskipun Berbadan Dua

Pelakon Raja Farah bersyukur kerana akhirnya majlis persandingan adik lelakinya dapat diadakan selepas bernikah pada Mac lalu.

Menurut Raja Farah, majlis itu tetap diteruskan meskipun adik iparnya sudah hamil enam bulan.

“Tahniah adik lelaki saya dan isteri. Alhamdulillah semua dah selesai.

“Mereka nikah masa 2 hari selepas Perintah Kawalan Pergerakan lalu. Dan ya  pengantin perempuan dah hamil enam bulan dah baru dapat buat majlis.

“Kami tetap buat jugak, sebab segala bayaran untuk dewan sudah dibayar. Syukur Sgt semua dah selesai,” katanya.

Raja Farah berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut, Farah berkongsi beberapa foto sepanjang majlis berkenaan.

Pengantin perempuan kelihatan berseri dengan gaun merah dan Farah serta ahli keluarganya sedondon memakai baju rona biru gelap.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Kini

Sumber: Gempak



via Sinar Viral Network

Post a Comment

0 Comments

loading...