KUALA LUMPUR: Dengan hanya sekali lafaz, pelakon dan pengacara jelita, Mira Filzah bergelar isteri kepada Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar sebentar tadi.
Pasangan berkenaan dinikahkan oleh bapa Mira Filzah, Ir Badioezaman Ab Khalik dalam satu majlis yang diadakan di sebuah pusat konvensyen di Bukit Kiara di sini.
Wan Emir Astar yang juga seorang artikek menghadiahkan isterinya seutas gelang emas sebagai mas kahwin,
Wan Emir Astar merupakan anak kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datin Mastura Mohd Yazid.
Majlis pernikahan pasangan ini berlangsung dalam suasana yang sederhana dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) seperti yang ditetapkan pihak berkuasa.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Press
Sumber: astro awani
via Sinar Viral Network
0 Comments