Baru Je Tersebar Gambar Neelofa & PU Riz, Sekali Rizalman Lancar ‘Per4ng’

Pereka fesyen tersohor negara Datuk Rizalman Ibrahim mencvri perhatian wargamaya apabila menunjukkan rasa cemburu terhadap Neelofa dan PU Riz yang menjadi bualan hangat di laman sosial.

Menerusi laman sosial Instagram (IG), Rizalman memuat naik sekeping foto memakai beg biru dan sebuah video berjambang untuk tatapan umum.

“PU, hang ada beg biru?” tanya Rizalman menerusi ruangan kapsyen.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

PU… hang ada beg bighu…??? . . #h #h #h

A post shared by rizalman71 (@rizalman71) on

Menerusi perkongsian video pula, Rizalman mengenakan jambang dan misai palsu bagi menyamakan rupanya seakan-akan PU Riz.

“Kali ni aku pulak nak merasa ‘battle’,” tulis Rizalman lagi.

Malah di IG story, Rizalman turut memuat naik foto lama dirinya memakai baju melayu biru.

Di ruangan komen, ramai wargamaya yang terhibur dengan usikan Rizalman terhadap Neelofa dan PU Riz.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

kali ni aku pulak nak merasa ‘battle’…!!!

A post shared by rizalman71 (@rizalman71) on

Malah, ada wargamaya yang telah menukar penggunaan tanda pagar #lori (gabungan Lofa dan Rizalman) kepada #loriz (gabungan Lofa dan Hariz).

“Datuk ada baju biru sedondon dak? Ok bye,” usik seorang wargamaya.

“Datuk macam mana ni? #lori dan jadi #loriz,” tanya seorang wargamaya.

“PU ada kepiah ja datuk, datuk kena keluarkan Ripiah,” cadang seorang wargamaya.

“Dulu battle dengan Hael, ni dah move on dengan Hael, battle dengan Hariz pulak,” kata seorang wargamaya.

“Pi jahit baju melayu biru lekas, nak tengok siapa lagi segak,” komen seorang wargamaya.

“Cepatlah masuk meminang datuk oit,” seru seorang wargamaya lagi.

Minggu lalu, kehadiran PU Riz pada majlis perkahwinan adik Neelofa sambil mengenakan baju melayu sedondon menarik perhatian ramai.

Malah, menerusi Instagram Stories kakak Neelofa, Noor Nabila, kelibat kedua-duanya sedang berbual-bual sempat dirakamkan dan disertakan emoji ‘love’

Gambar Dah Pun Tersebar. Tak Sangka Ini Jawapan Neelofa!

Sejak semalam heboh di media sosial apabila warganet bertanya tentang hubungan sebenar antara artis jelita Neelofa dan pend@kwah bebas, PU Riz

Ia susulan kemunculan PU Riz yang berbaju Melayu biru pada majlis perkahwinan adik pengacara, Neelofa iaitu Mohamed Aqief, menjadi bualan dalam kalangan warganet, semalam.

Ditambah pula, kakak Lofa iaitu Noor Nabila memuat naik video di Instagram Story yang memaparkan PU Riz atau nama sebenarnya Haris Mohd Ismail sedang bersembang dengan Lofa disertai emoji hati.

Tindakan Noor Nabila itu seolah-olah memberi bayangan mengenai apakah hubungan yang terjalin antara PU Riz yang juga pelakon filem Ada Apa Dengan Dosa itu dengan Lofa selain rona sedondon yang dikenakan.

Video itu juga dikongsikan beberapa akaun di Instagram yang rata-rata teruja dengan hubungan rapat yang terjalin antara PU Riz bersama keluarga bekas hos MeleTop itu.

Menerusi perkongsian foto dan video yang dimuat naik adik-beradik pengacara ini, Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail, 25, kelihatan memakai baju berwarna biru muda sedondon dengan pihak keluarga pengantin lelaki.

PU Riz juga difahamkan menjadi salah seorang saksi untuk pernikahan adik pengacara Next To Neelofa itu.

Lebih menjadi persoalan apabila Noor Nabila berkongsi video di Instastory miliknya meletakkan emoji berbentuk hati ketika pasangan ini sedang berbual.

Sebelum ini, gosip mereka mula diperkatakan selepas pelakon Ada Apa Dengan Dosa ini sering menjadi imam di solat tarawih dan menyampaikan tazkirah di kediaman Neelofa pada Ramadan lalu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Eh ehhh @neelofa dengan siapa tuu 👀🙈Adakah para lelaki akan kecewa lagi….? 😜 Igs: @noornabila

A post shared by Hot FM 🇲🇾🇲🇾🇲🇾 (@hotfm976) on

Antara foto yang tersebar di media sosial.

Ini penjelasan Neelofa

Menerusi laporan mStar pada 24 Julai lalu, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 31, memberitahu dia mengenali Riz sejak tiga tahun lalu dan sering bekerjasama dalam program d@kwah.

Malah, mereka kelihatan rapat selepas Riz menguruskan Pertubuhan Kasih Neelofa.

” Penglibatan dia banyak dalam pertubuhan Kasih Neelofa. Saya dah biasa dengan dia dan ustaz Tarmizi.

” Tapi jaduan ustaz Tarmizi sudah padat dan Haris pula lebih flexible sebab tengah belajar.

” Saya pilih dia sebab nak seseorang yang ada platform dalam bidang seni dan boleh jadi jurucakap supaya tiada salah, memandangkan saya tiada latar belakang ilmu agama Islam yang luas,” ujarnya.

Dalam pada itu, PU Riz turut menepis gosip itu dan menjelaskan hubungannya dengan Neelofa hanya atas dasar kerja semata-mata.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Kini

Sumber : GEMPAK



via Sinar Viral Network

Post a Comment

0 Comments

loading...