“Alhamdulillah Rezeki Dua-Dua Abah Senyum & Tenang”- Sempat Kucup Dahi Jen4zah, Iesya Toh Kongsi Sikap Bapa Mertua Sebelum Men1nggal Dunia

Semalam, pengacara, Iesya Toh ada memuat naik sebuah posting di laman Instagram memaklumkan bahawa bapa mertuanya, Haji Muhamad Sulaiman telah pun men1nggal dunia.

Sempat mengucup dahi saat dikafankan, Iesya turut berkongsi beberapa perkara yang sempat dilakukan oleh allahy4rham sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir.

“MasyaAllah Alhamdulilah Alhamdulilah rezeki dua-dua abah senyum and tenang. Dulu bila orang kata jen4zah senyum, saya puas fikir macam mana.

“Bila abah Sanny Toh pergi di Madinah, orang yang menguruskan kirimkan gambar terakhir abah sambil kata arw4h senyum. MasyaAllah.

“Yang tu memang jelas nmpak, sebab Abah sendiri. Hari ni, Abah mertua juga tersenyum yang ni boleh diagak.

“Sebelum Abah men1nggal, abah sempat ke rumah semua anak untuk tengok anak-anak ök tak dengan kehidupan masing-masing. Alhamdulilah Abah sangat bangga. Abah sempat belikan mama kereta baru. Memang tak terduga dan Abah tak suka berhutang,” tulisnya.

Dalam pada itu, Ieasya turut mended@hkan bawa dia baru sahaja merancang untuk membawa keluarga mertuanya untuk pergi bercuti namun mengakui perancangan Allah jauh lebih baik.

“Minggu depan, kami plan nak bawak abah mama bercuti ke janda baik. Abah sangat happy and excited! Rupanya, Abah dah BERCUTI dulu.

“Perginya Abah dengan mudah. Alhamdulilah orang masjid yang sentiasa tepat pada waktu solatnya.

“Semoga kita yang hidup, sentiasa menjaga waktu solat & tidak perlu menyakiti hati org lain.

“Sya share untuk mengingatkan diri sendiri, sungguh kalau kita baik, jaga Allah, pasti pengakhiran kita juga indah

“Al-fatihah buat kedua2 Abah tercinta Sanny Toh Bin Abdullah (7.2.2018)

dan Hj Muhamad Bin Sulaiman (30.8.2020),” katanya lagi.

Melihat di ruangan komen rata-rata netizen dan rakan artis tersentuh melihat perkongsian tersebut selain turut mendoakan semoga allahy4rham ditempatkan dikalangan orang beriman.

Sumber: Instagram Iesya Toh

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Press

Sumber: MH



via Sinar Viral Network

Post a Comment

0 Comments

loading...