Tengok konflik berterusan Ali dan Nor Hidayah, Achey luah rasa kecewa

PELAWAK, pelakon dan penyanyi, Achey mengakui sedih apabila konflik antara pelawak Ali Puteh dengan kakak iparnya yang juga isteri Allahyarham Abam Bocey, Nor Hidayah Mohd Ali kembali h4ngat.

Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah ketika ditemui berkata, dia dan rakan seperjuangannya, Fad Bocey sudah menyarankan kepada kedua-dua belah pihak supaya membincangkan konflik itu secara tertutup.

“Sedih apabila perkara ini berlaku. Saya dan Fad ada menghubungi kedua-dua belah pihak dan menyarankan agar perbincangan diadakan secara musyawarah.

“Kita ada hukum Islam yang boleh diikuti dan dengan itu, semuanya dapat diselesaikan dengan baik. Namun, nampaknya saranan kami tidak diterima,” katanya kepada Harian Metro.

Tambah Achey yang juga anggota kumpulan Bocey, dia tidak mahu kemelut yang berlaku ini memberi kesan kepada anak arw4h, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia setahun dua bulan.

“Bukan apa. Kalau kemelut ini berterusan saya takut ia memberi kesan kepada Hamzah apabila dia sudah dewasa nanti.

“Tapi, saya dan Fad pun ada batasan kerana kami tak boleh terlalu masuk campur memandangkan kami bukanlah ahli keluarga,” katanya.

Konflik timbul apabila Ali memfailkan sam4n balas terhadap Hidayah yang mengaku dia memindahkan wang dari akaun bank Abam sebanyak RM10,000 selain mengambil empat jam tangan milik arw4h.

Achey ditemui di majlis sidang media filem TV (FTV) lakonannya berjudul Frontliner.

Ali, Hidayah Saling berbalas sam4n

Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 31, berkata, dia menerima maklum balas daripada Hidayah semalam, yang juga hari terakhir untuk kakak iparnya itu menjawab sam4n yang difailkan selepas Aidiladha lalu.

“Semalam adalah hari terakhir untuk pihak Hidayah memberikan maklum balas.

“Sebelum ini, mungkin ramai yang tak tahu dia pernah memfailkan saman terhadap saya sekeluarga dengan jumlah terkumpul mencecah RM900,000.

“Sam4n yang dibuat oleh Hidayah itu antaranya menvduh saya mengambil harta abang saya dan harta anak yatim.

“Jadi, selepas berdiam diri selama beberapa bulan, dah tiba masanya untuk saya pula mengatur langkah demi membersihkan nama keluarga,” katanya kepada Harian Metro.

Diminta berkongsi lebih lanjut mengenai saman yang difailkan Hidayah sebelum ini, Ali berkata, dia ada menerima beberapa surat sam4n bermula sejak 16 hari selepas Allahy4rham Abam men1nggal dunia.

Pihak Hidayah Yang Mulakan Sam4n

“Arw4h abang saya men1nggal pada 10 Februari dan pada 26 Februari pula, saya menerima surat sam4n pertama.

“Pada ketika itu, kami mengadakan majlis tahlil untuk arw4h.

“Saya nak bersuara, tapi mak melarang. Katanya, abang baru saja men1nggal dunia. Jadi, saya akur dengan permintaan mak saya.

“Selepas dua ke tiga bulan kemudian, bertalu-talu surat saman daripadanya sampai ke rumah dan pada ketika itu, terdetik dalam hati saya yang dia memang benar-benar nak ke mahk4mah.

“Jadi, saya pun berbincang dengan peguam saya,” katanya.

Menurut Ali, antara tudvhan lain yang difailkan terhadapnya dan keluarga adalah tuntutan faraid, tuntutan hak penjagaan anak, tuntutan kereta dan sebagainya.

“Ada satu tudvhannya mengatakan bahawa saya mengambil wang abang saya dari dalam rumah dan mengambil jam-jam tangan.

“Itu adalah tuduhan yang tak berasas dan bersifat fitn4h,” katanya.

Berkongsi mengenai pengakuan yang dibuat oleh Hidayah menerusi peguamnya, dia mengaku mengeluarkan wang berjumlah RM10,000 dari akaun bank Abam dan mengambil empat jam tangan milik arw4h.

“Sebelum ini, dia pernah keluarkan kenyataan kononnya dia dihalau dari rumah sehelai sepinggang dan keluarga kami merebut semua wang milik arw4h abang saya.

“Jadi, bila saya nak uruskan urusan faraid, pihak bank memaklumkan mengenai wang RM10,000 yang dikeluarkan.

“Di situ, saya dah ada satu bukti dan akhirnya, dia sendiri yang mengaku mengambil wang itu untuk dipindahkan ke akaun anaknya dan juga mengambil jam tangan berjenama milik arw4h,” katanya.

Tambah Ali, tidak menjadi masalah sekiranya Hidayah mengaku dari awal mengenai pengeluaran wang yang dibuatnya.

“Dalam faraid itu, memang sah-sah ada bahagian untuk dia dan anak. Buat apa, saya nak ambil sedangkan bukan ada hak saya pun.

“Lagi satu, kalau dia maklumkan yang dia ada buat pengeluaran, semuanya boleh disusun semula mengikut bahagian masing-masing.

“Bayangkan, abang saya men1nggal dunia dan dikebumikan selepas Maghrib dan pada tengah hari keesokan harinya, RM10,000 dah dipindah keluar dari akaun sedangkan kami sekeluarga masih berada di rumah.

“Alasannya, takut kami rebut wang yang ada dalam akaun itu. Saya ada duit sendiri dan tak mahu pun wang arw4h abang saya,” katanya.

Menutup perbualan, Ali tidak berniat untuk membuka a1b, sebaliknya membersihkan namanya dan keluarga selepas dikec4m masyarakat.

“Dia berniaga cempedak goreng, dia beritahu media. Saya pasang batu nisan kat kubur abang saya pun, dijadikan 1su.

“Bila dia mengaku, kenapa tak dihebahkan pula kan?

“Saya nak bersihkan nama saya dan keluarga kerana isu-isu macam inilah nama kami sekeluarga terpalit kontr0versi,” katanya.

Terdahulu, sebutan k3s sam4n difailkan Ali terhadap Hidayah berlangsung di Mahk4mah Sesyen Kuala Lumpur, semalam.

Saman itu dikeluarkan Ali selaku plaintif keempat bersama ibunya, Sabariah Arshad (plaintif pertama), bapa Syed Mohd Ridzuan (plaintif kedua) dan kakak sulung, Sharifah Norwahidah (plaintif ketiga).

Sementara itu, Hidayah ketika dihubungi menjelaskan dia sibuk berniaga.

“Alhamdulillah, saya sihat. Cuma sibuk sikit berniaga.

“Mengenai perkara itu, buat masa sekarang ini, saya nak diamkan diri dulu. Nanti akan tahu juga perkara yang sebenar,” katanya.

Abam dan Hidayah diijabkalbulkan pada 8 Disember 2017 dan dikurniakan cahaya mata, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia setahun dua bulan.

Dalam pada itu Ali juga bersedia memaafkan semua netizan yang terus meng3cam dan makii mereka sekeluarga

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Press

Sumber: MB



via Sinar Viral Network

Post a Comment

0 Comments

loading...