Dipercayai Mabvk, Anak VIP Antara Yang Ditahan Dalam Serbuan Di Sebuah Pub

Seorang anak VIP dan 33 lagi individu ditahan kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) selepas serbuan di sebuah kelab malam yang terletak di Taman Tun Dr. Ismail (TTDI). Sepasukan anggota polis menjalankan serbuan sekitar jam 1.20 pagi pada 22 Ogos lalu dan semasa ditahan dikatakan anak kepada VIP itu berada dalam keadaan mabvk.

Dapat aduan orang ramai

S1asatan lanjut mendapati premis tersebut dibuka tanpa lesen perniagaan yang sah di sisi und4ng-und4ng. Selain itu, pihak polis turut menahan 20 lelaki dan sembilan wanita warganegara tempatan dipercayai pengunjung premis dan telah berada di premis tersebut melebihi had masa yang dibenarkan dalam tempoh PKPP.

Menurut laporan Malaysia Gazette, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata serbuan dilakukan selepas mendapat aduan orang ramai bahawa pub tersebut beroperasi melebihi had masa yang dibenarkan sepanjang PKPP.

Hasil serbuan di pub yang terletak di Jalan Rahim Kajai 14, TTDI itu seorang lelaki India yang dipercayai pengurus premis, seorang lelaki Bangladesh dan lagi tiga wanita warganegara Filipina telah ditahan

Tiada istilah double standard

Kertas s1asatan dibuka di bawah Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 bagi kesalahan pemilik premis menggaji warganegara asing dan Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963, Seksyen 4(1) Akta Hiburan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Seksyen 76 Akta Eksais 1976 dan Peraturan 11 Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Peny4kit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan J4ngkitan)(no.7) 2020.

Menurut Mazlan, keempat-empat suspek warganegara asing telah ditahan rem4n selama 14 hari sehingga September ini bagi membantu s1asatan lanjut manakala 29 lagi warganegara Malaysia dikenakan kompaun sebanyak RM1,000 setiap seorang.

Tegas beliau, pihak polis tidak akan mengamalkan double standard dan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu termasuklah anak VIP tersebut. Ini kerana mereka memang didapati bersalah dan telah dikenakan tindakan yang sewajarnya mengikut peruntukan und4ng-und4ng yang telah ditetapkan.

Sumber : Malaysia Gazette

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Oh Bulan



via Sinar Viral Network

Post a Comment

0 Comments

loading...