Anak gajah terpisah dengan ibu, pekerja pusat perlindungan sanggup tidur bersama dalam kandang

SEORANG penjaga di pusat perlindungan haiwan di Kenya mencuri perhatian ramai selepas foto memaparkan dia tidur dengan anak gajah tular di media sosial.

Menurut laman Facebook pusat perlindungan haiwan itu, anak gajah berkenaan diselamatkan selepas ia terpisah dengan ibunya.

Bagi mengelakkan rasa sunyi anak gajah tersebut, seorang pekerja sanggup tidur bersamanya di dalam kandang beralaskan rumput kering.

Malah, anak gajah itu turut diselimutkan oleh pekerja berkenaan sehingga mengund4ng rasa seb4k netizen.

Posting di Facebook Sheldrick Wildlife Trust itu sehingga kini menerima hampir 10,000 tanda suka.

Rata-rata komen memberikan pujian kepada pekerja itu dan mendoakan agar anak gajah berkenaan dapat membesar dengan sihat. – India Times.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Press

Sumber: Mstar



via Sinar Viral Network

Post a Comment

0 Comments

loading...