Walaupun Belum Disahkan Bercer4i, Sharnaaz Ahmad Beritahu Perkahwinan Dia Adalah Bukan Yang Utama. Ini Yang Nombor 1

Pelakon, Sharnaaz Ahmad mengakui bahawa hubungannya bersama isteri Noor Nabila kini semakin pulih dan mereka seperti kawan yang akan bersama-sama membesarkan anak mereka iaitu Jebat Jayden. Menurut laporan Harian Metro, Sharnaaz menyerahkan keputusan mengenai status percer4ian mereka kepada pihak mahk4mah.

Keputusan mahk4mah bakal keluar

Kami belum bercer4i tapi keputusan mahk4mah bakal keluar tidak lama lagi. Apa yang saya nak beritahu sekarang ini hubungan kami sebagai kawan yang akan bersama-sama membesarkan anak. Berkaitan keputusan rumah tangga, saya serahkan kepada mahk4mah. Sejak k3s ini difailkan di mahk4mah, saya reda dan bersedia dengan segala kemungkinan yang bakal berlaku.

Kalau hubungan kami kembali berbaik pun, hanya mahk4mah yang akan menentukan sekarang ini sebabkan kuasa diserahkan kepada mereka dan apa saja keputusan yang bakal diterima. Tapi, apa yang saya perjuangkan selama ini untuk bersama Jebat, saya sangat bersyukur kerana Nabila mengizinkan saya bertemu atau membawa anak keluar tanpa sebarang halangan.

Menurut Sharnaaz, dia menyerahkan keputusan mengenai hal rumah tangga kepada pihak mahk4mah. Tambahnya, keputusan tersebut bakal keluar tidak lama lagi. Walau bagaimanapun, dia bersyukur hubungannya dengan Nabila sudah berbaik dan dia diberi keizinan untuk berjumpa dan membawa keluar anak mereka.

Semuanya sudah okay

Persetujuan ini adalah rahmat terbesar untuk diri saya. Kalau dulu saya ada masalah untuk berjumpa anak tapi sekarang semuanya sudah okey. Menjawab mengenai perhubungan saya sendiri tiada jawapan sebab keutamaan saya bukan lagi perkahwinan tapi besarkan anak dan ingin pastikan Jebat tidak hilang bapa dari pandangan matanya.

Apa yang saya perjuangkan selama ini, semuanya untuk Jebat. Saya sudah dapat apa yang saya mahukan. Hubungan perkahwinan sudah jatuh nombor dua, apa yang penting Nabila mengiktiraf saya sebagai bapa kepada Jebat. Saya perlu menghormati Nabila, jika tidak kerana dia, belum tentu saya dapat Jebat. Nabila seorang ibu yang bagus. Apa yang saya nampak, Jebat dibesarkan dengan penuh kasih sayang. Itu tidak boleh saya nafikan.

Ujarnya lagi, dia berterima kepada Nabila kerana tidak pernah menafikan haknya sebagai bapa dan tiada apa lagi yang diinginkan kerana sudah dapat bertemu Jebat. Tambah Sharnaaz, dia akan bertemu Jebat tiga kali sehari iaitu pada sebelah pagi sebaik pulang daripada gimnasium, petang dan malam. Walaupun kepenatan terpaksa berbuat demikian, Sharnaaz tidak mengeluh asalkan dapat berjumpa dengan buah hatinya setiap hari.

Jika saya sibuk dengan penggambaran dan terpaksa keluar awal pagi ke lokasi, saya akan menghubungi Jebat melalui panggilan video.

Sharnaaz turut memberitahu pada mulanya dia terasa pelik kenapa perlu melalui proses tersebut sedangkan Jebat adalah anak kandungnya. Namun, semuanya sudah biasa dan dia bersyukur.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Rentas Asia



via Sinar Viral Network

Post a Comment

0 Comments

loading...