Penceramah selebriti, Pencetus Ummah (PU) Azman, ada memberikan nasihatnya mengenai mereka yang sedang berselisih pendapat.
Menurut PU Azman atau lebih mesra disapa Cik Man itu, sekiranya kita melihat ada dua pihak sedang berb4lah, damaikanlah mereka.
“Saudaraku semua, bila kita nampak dua kumpulan atau dua orang saudara kita bergaduh atau ada salah faham, damaikanlah mereka.
“Cik Man sertakan dalil di ruangan caption,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh Cik Man menerusi akaun Instagram miliknya.
Jelas juara program Pencetus Ummah Musim Ke-2 itu lagi, ketika kita melihat orang lain sedang bertengkar, elakkanlah menjadi dua jenis individu ini.
“Dalil Surah Al Hujurot ayat 10. Maksudnya: Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Maka damaikanlah antara kedua-dua saudaramu itu.
“Tidak masuk Syurga nammaam / si batu ap1”. (Bukhari Muslim). Tidak akan masuk Syurga qottaat / si batu ap1”. (Bukhari).
“QATTAAT: Orang yang mendengar sesuatu daripada orang lain tanpa mengetahui makna sebenarnya, kemudian menyampaikan apa yang didengarnya kepada orang lain.
“NAMMAAM : Orang yang ada di tempat kejadian ketika mengetahui suatu hal orang, kemudian dia sebarkan kepada orang lain,” kongsinya.
Dalam pada itu, Cik Man turut sempat bergurau mengenai dua terma yang dikongsikannya itu.
“Semoga Cik Man bukan NAMMAAM, tapi bila lapar memang cik man nak MAMAM.
“Semoga Cik Man bukan QOTTAAT, tapi bila lapar cik man memang muka KETAT,” selorohnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen berterima kasih kepada Cik Man diatas perkongsian tersebut selain turut berharap agar kita semua boleh mempraktikkannya dalam kehidupan seharian.
Sumber: Instagram PU Azman
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: MH
via Sinar Viral Network
0 Comments