Pelakon dan pengacara, Sherry Alhadad dilihat tidak dapat menahan sebak sewaktu berkongsi kisah peribadinya menerusi program Rumah 107, baru-baru ini.
Selain berkongsi kisah seni, episod terbaru program tersebut antara lain turut membawa hos Big Stage itu mengenang momen kem@tian bapa tersayang, Syed Abdullah Syed Ali Al Hadad ketika dia berusia 9 tahun.
Jarang kita dengar mengenai kisah tersebut, Sherry mengakui pada awalnya dia menganggap apa yang berlaku ibarat satu mimpi.
“Arw4h (ketika itu) tidak bekerja, dah pencen. Jadi kalau pergi mana-mana je, orang cakap ‘Syed bawa cucu ke?’ Sebenarnya anaklah, sebab beza umur kami jauh.
“Jadi setiap kali saya balik sekolah, dia (arw4h) akan menyorok. Jadi bila kita buka pintu, akan cari dia. Jadi itu rutin setiap kali saya balik, buka pintu macam ‘haaa… Mana Abah aku nak menyorok hari ni?’.
“Tapi hari tu, buka pintu dia tak ada. Rupanya dia dah masuk h0spital,” katanya dalam linangan air mata.
Terdahulu, perkara tersebut turut diceritakan seorang lagi tetamu undangan, Sharifah Shahirah yang juga merupakan ibu saudaranya.
“Ketika itu umur 9 tahun kita dok fikir, ini mimpikah? Esok bangun mesti okay. Keesokkan paginya bila jen4zah dikebumikan baru saya sedar, ini realiti,” katanya.
Sherry pada masa sama turut menyifatkan ibunya seorang yang kuat kerana tidak menitiskan air mata ketika pem3rgiaan suaminya.
Rumah 107 dihoskan pelakon senior, Khir Rahman, Joey Daud, Man Raja Lawak, Ropie serta Vicha dengan watak masing-masing.
Ia bersiaran pada Jumaat (hari ini), jam 9 malam di Astro Warna HD (saluran 107), Astro Warna (saluran 127) dan Astro Go.
Saksikan sedutan perkongsian Sherry di sini;
YouTube: Ifr4n Empire
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: MH
via Sinar Viral Network
0 Comments