Pelakon, usahawan dan selebriti media sosial, Zarina Anjoulie Lavocah membuat keputusan untuk melantik firma perhubungan awam Saiful Ridzuan bagi membantu melindungi jenama peribadi, imej dan reputasinya.
Pelantikan itu juga antara lain untuk melindunginya daripada ancaman undang-undang yang diterima dari pihak tertentu dalam industri hiburan.
Menurut Zarina, dia memutuskan untuk menggunakan kepakaran Saiful Ridzuan setelah menilai ris1ko krisis und4ng-und4ng yang terbaru ini.
Menurutnya, firma PR tersebut dilantik untuk membantu bagi krisis saman yang dimulakan oleh Fara.
“Kes sama tersebut sebenarnya masih dalam proses dan masih lagi berjalan. Belum lagi ada keputusan,” katanya kepada Gempak.
Jelas Zarina, dia tidak akan berdiam diri lagi kerana semua pihak harus mengetahui kebenaran mengenai krisis ini.
“Saya mempunyai tugas profesional untuk membersihkan nama saya untuk mencerahkan keadaan dengan berkongsi apa sebenarnya yang berlaku dan meminimumkan kerosakan setelah reputasi saya tercemar,” katanya.
Terdahulu Pelakon dan model, Fara Mendoza, menfailkan sam4n malu terhadap Zarina pada Januari lalu di Mahk4mah Tinggi Seremban, Negeri Sembilan.
Peguam Fara, Muhammad Akram Datuk Dr Abdul Aziz berkata, antara tuntutan dibuat memohon perintah larangan atau injuksi mahkamah bagi menghalang sebarang kenyataan fitn4h tidak terus dikeluarkan Zarina terhadap Fara.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: Gempak
via Sinar Viral Network
0 Comments