Usahawan kosmetik, Safiey Illyas menjelaskan bahawa dirinya akan sentiasa menjadi seorang lelaki yang menghorm@ti agama dan sensitiviti umat Islam.
Menurut Safiey, sudah banyak dosa yang telah dia lakukan sebelum ini dan tidak mahu lagi menanggung dosa yang lain.
“Saya masih seorang lelaki dan masih menghorm@ti agama saya dan sensitiviti umat Islam.
“Dah la banyak buat dosa takkan nak buat dosa lain pulak kan. Lagipun ayah saya selalu pesan, ‘Macam mana pun awak tetap lelaki jadi bila buat ibadah pakai lelaki’,” tulisnya.
Entri berkenaan dikongsikan oleh penyanyi lagu Apa Salah Syinta itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Dalam pada itu, Safiey turut meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan keluarga yang menerimanya dan sentiasa mendoakan agar dirinya terus istiqamah untuk berubah.
“Terima kasih family yg terima saya mcm ni dan sentiasa berharap saya akan berubah secara istiqomah suatu hari nanti . Anak buah pun masih panggil saya “pakcik”.
“Walau gagal berkali-kali , saya pasti akan terus mencuba.
“Semoga mak dan ayah redha dan sayang saya,” katanya lahi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata nenitipkan ucapan positif selain turut mendoakan semoga Safiey sentiasa dibawah rahmat yang maha Esa.
Terdahulu, Safiey mended@hkan bahawa dia mahu mendapatkan r@watan dari klinik estetik bagi mengecilkan bahagian pipinya.
Ia susulan selepas ramai pihak yang menegur bahawa dia mempunyai pipi yang sangat pelik.
Sumber: Instagram Safiey Illyas
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: MH
via Sinar Viral Network
0 Comments