“Saya Belum Tentu Akan Dapat Ibu Yang Bagus Macam Nabila,” – Keutamaan Terhadap Jebat, Sharnaaz Ahmad Terima Apa Sahaja Keputusan Mahk4mah

Pelakon dan ahli perniagaan, Sharnaaz Ahmad,34, mengakui akan menerima apa sahaja keputusan mahk4mah berkaitan dengan soal rumah tangga bersama isterinya, Noor Nabila,35.

Jelasnya, proses tersebut sepatutnya sudah diketahui lebih awal, akan tetapi ia tertangguh atas situasi semasa yang berlaku akib4t penularan pandemik Cov1d-19.

“Saya tak cerai lagi. Tapi keputusan dari pihak mahkamah akan keluar tidak lama lagi.

“Apa yang boleh saya beritahu, antara hubungan saya bersama Nabila, kami berkawan yang membesarkan Jebat sebagai ibu bapa yang baik buat masa sekarang.

“Apa sahaja keputusan saya serahkan kepada pihak mahk4mah,” katanya.

Dia bagaimanapun menzahirkan rasa syukur kerana masih berpeluang bertemu dengan anaknya, Jebat Jayden secara baik.

“Akan tetapi apa yang boleh saya jelaskan mengenai Nabila sebagai ibu, buat masa sekarang saya bersyukurlah.

“Orang kata saya sudah dapat apa yang saya sepatutnya dapat. Misalnya dapat bawa Jebat keluar, bawanya jalan-jalan tanpa halangan dan sebagainya.

“Jadi bagi saya ia sudah cukup besar rahmat. Saya boleh jumpa Jebat tiga kali sehari, macam dulu ada masalah sikit untuk jumpanya.

“Sekarang semuanya okay, tak ada masalah dan saya sangat gembira,” katanya.

Bercakap mengenai perhubungannya bersama kakak kepada Neelofa itu, pelakon Lelakimu Yang Dulu akui menyerahkan perkara tersebut kepada Yang Maha Kuasa memandangkan keutamaannya kini hanyalah terhadap anak.

“Nak dikatakan mengenai perhubungan, Allah saja yang tahu. Saya sendiri tak boleh jawab sebab sekarang saya punya keutamaan bukan perkahwinan dah.

“Keutamaan saya adalah untuk besarkan Jebat dan nak dia rasa bahawa dia tak pernah hilang bapa.

“Sebagai bapa, saya berikan 100 peratus, apa sahaja yang termampu.

“Saya terima apa sahaja keputusan mahkamah, lebih setahun lalu saja dah terima.

“Sebab kalaulah saya tidak terima atau move on terhadap apa yang berlaku, saya mungkin sudah jadi tak betul.

“Akan tetapi sejak kecil, saya sorang yang akan ‘f1ght’ untuk apa yang saya nak.

“Walau orang akan kata saya buat dengan cara saya, misalnya kasar dan sebagainya, saya tidak peduli. Itu cara saya, bergantung kepada pandangan masing-masing,” akui Sharnaaz.

Pada masa sama, dia turut menyifatkan dirinya bertuah kerana mempunyai rakan yang banyak memberikan semangat dan sokongan.

“Masa saya down, teruk dulu tu… Saya banyak habiskan masa di rumah di samping mendekatkan diri dengan Tuhan demi rohani saya.

“Pada masa sama, saya ni seorang yang suka bersendirian tetapi saya bersyukur kerana ada sahabat yang ada bersama dalam susah senang. Mereka ada di belakang saya.

“Alhamdulillah dengan apa yang saya perolehi sekarang adalah semangat dari mereka juga,” akuinya.

Menghorm@ti Nabila sebagai ibu kepada anaknya, Sharnaaz turut berterima kasih kepada wanita berkenaan yang diakui sebagai ibu yang baik.

“Pada masa sama, saya juga kena horm@ti Nabila. Saya belum tentu akan dapat ibu yang bagus macam Nabila, itu sahaja yang boleh saya cakap.

“Apa yang saya nampak hari ini, Jebat dibesarkan dengan 100 peratus kasih sayang seorang ibu yang bagus. Itu saya tidak nafikan, terima kasih kepada Nabila.

“Sekarang apa yang diberikan pada saya pula sebagai seorang bapa, dia masih memandang saya sebagai bapa kepada Jebat.

“Perkara itu bagi saya sudah syurga dah. Mengenai hubungan kami, kita letak ke tepi.

“Jebat tiada kena mengena, saya hanya mahu yang terbaik untuk anak. Itu sahaja,” katanya.

Terdahulu, Sharnaaz ditemui pada Pelancaran Bumblee Bee di Danau Kota, Kuala Lumpur pada Khamis.

“Rasa seronok pun ada dengan tanggungjawab baru. Jenama ini pun kian kuat dan sebolehnya saya mahu kekalkan ia begitu. Saya percaya kepada jenama ini.

“Saya tidak ambil masa lama untuk buat keputusan buka cawangan.

“Malah ketika Shuib dan rakan kongsi baru sahaja buka cawangan pertama kira-kira seminggu, saya antara yang terawal hubunginya.

“Kalau dia mahu buka untuk buat ‘francais’ saya berminat untuk ambil.

“Jadi itulah prosesnya dalam tempoh beberapa bulan kemudian, ia akhirnya direalisasi.

“Meski sudah pun ‘bergaduh bertumbuk’, dengan Shuib sebelum ini, saya kira ia dah selesai,” katanya yang turut mengintai beberapa bisnes lain yang dirasakan berpotensi untuk diterokai selepas ini.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: MH



via Sinar Viral Network

Post a Comment

0 Comments

loading...