Pelakon Sharifah Sakinah mengesahkan rumah tangga dengan juruterbang sebuah syarikat pengangkutan udara, Aliff Adha, berkec4i sejak Mei lalu.
Sharifah Sakinah berkata, dia dan Aliff sudah tidak tinggal sebumbung sejak Mac lalu.
“Kami berpisah secara rasmi pada Mei lalu.
“Tapi kami berpisah dengan baik. Keputusan ini juga perlu mengambil kira anak kami, Anais Adha yang berusia tiga tahun,” katanya kepada BH Online.
Sebelum ini, tersebar kisah konon Aliff secara terbuka menggunakan aplikasi untuk bersosial di internet, sekaligus mencetuskan spekulasi hubungan mereka.
Sakinah dan Aliff bernikah pada 28 Mac 2015 dan dikurniakan seorang anak perempuan.
Ditanya apakah perpisahan itu berpunca orang ketiga, adik kepada Sharifah Shahira ini menafikan perkara itu.
“Saya tidak boleh jadi isteri yang baik. Saya sedar kekurangan diri. Soal dia nak guna aplikasi ‘dating’ … itu haknya. Suka hati dialah nak buat apa, saya tak campur.
“Selebihnya, biarlah saya dan dia bahagia dengan cara masing-masing… Itu sebaik-baiknya,” katanya.
Sharifah Sakinah berharap penjelasan itu dapat memberi pencerahan kepada teka-teki dan persoalan berbangkit.
Kakak Sharifah Sakinah, Sharifah Shahirah Mula Bersuara
KEDUA belah keluarga sudah cuba memberikan nasihat, tapi tak boleh paksa,” kata penyampai radio Suria FM, Sharifah Shahirah mengenai perceraian adiknya yang juga pelakon, Sharifah Sakinah dengan suami, Aliff Adha pada Mei lalu.
Shahirah yang mesra disapa Shira berkata, perbincangan yang dibuat bersama keluarga itu tidak menjurus kepada mencari salah siapa.
Malah, Shira mengakui Aliff seorang suami yang baik sepanjang lima tahun berkahwin dengan Sakinah.
“Keputusan itu memang sedih. Mereka sudah buat keputusan dahulu kemudian berjumpa semua keluarga untuk bercakap mengenai perkara itu.
“Dalam pertemuan itu kedua belah keluarga berbincang dan bukan bertekak salahkan sesiapa. Kami pun ada minta maaf bagi pihak kami.
“Keluarga Aliff sangat bagus. Malah, Sakinah beruntung sebab dapat suami yang sangat baik. Pastinya Aliff sudah cuba pertahankan yang terbaik, tapi mungkin sudah tak ada jodoh,” katanya kepada Harian Metro.
Shira menjelaskan dia tidak tahu menahu punca perpisahan pasangan itu.
“Jangan tanya sebab apa cer4i, sebab memang tidak tahu apa-apa.
“Saya ada cakap dengan Aliff, kalau ada jodoh dengan orang lain, tidak mengapa. Kalau mereka kembali bersama pun, okay.
“Soal jodoh ini kita tidak tahu. Segalanya atas ketentuan Allah. Apa pun, kita doakan saja yang terbaik buat mereka,” katanya.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber : Berita Harian, Harian Metro
via Sinar Viral Network
0 Comments