Road trip 3 remaja rentas 4 negeri, tukang bawa kereta siap pesan jangan mulut cabvl – “Cermin pandang belakang tak tengok langsung, ser4m!”

APABILA memandu untuk perjalanan jauh (road trip) bersama rakan-rakan pastinya teruja sampai tak ingat dunia kan?

Tapi bagaimana kalau yang perginya beramai-ramai, cuma seorang yang memandu sepanjang perjalanan?

“Saya yang drive dari Shah Alam ke Genting (Highlands) ke Ipoh ke Pulau Pinang, tapi mereka yang keletihan,” luah seorang pengguna Twitter @syuraibrhm sehingga perkongsiannya diulang kicau lebih 12,000 kali dan meraih pelbagai reaksi netizen.

Pengguna Twitter berkenaan, Ainnur Ashyura Ibrahim berkata, dia dan dua rakannya membuat perjalanan merentas empat negeri iaitu Selangor, Pahang, Perak dan Pulau Pinang bermula awal pagi Sabtu lalu.

Syura (kanan) bersama dua rakannya menghabiskan masa bersama di Genting Highlands, Ipoh dan Pulau Pinang.

Remaja berusia 18 tahun itu memberitahu, segala perancang dilakukan secara spontan membabitkan rakan-rakannya yang dikenali menerusi laman Twitter.

“Kami gerak dari Shah Alam kira-kira puku 1 pagi dan sampai sekitar 2 pagi di Genting Highlands. Saja menghirup udara segar dan merasai kesejukan di tanah tinggi.

“Hanya tidur beberapa jam di dalam kereta, kami menyambung perjalanan ke Ipoh seawal pvkul5 pagi untuk menikm@ti nasi g4nja yang popular,” katanya kepada mStar.

Syura (kanan) bersama salah seorang rakannya di Genting Highlands.

Lebih mesra dengan panggilan Syura, katanya, hanya dia dan seorang rakan yang memiliki lesen memandu, tetapi dia mengambil keputusan untuk memandu kereta yang disewa mereka.

“Walaupun seorang rakan tu yang ada lesen, tapi saya lebih yakin untuk memandu sepanjang perjalanan. Ini pemanduan paling jauh saya pernah buat.

“Mula-mula mereka riuh dalam kereta, lepas tu senyap sebab tidur keletihan. Saya masih okay lagi, cuma bagi saya paling mencabar semasa memandu dari Ipoh hingga ke Pulau Pinang.

“Bila dah senyap dalam kereta, jalan ke Pulau Pinang pula lurus memang cepat rasa bosan. Jadi pasang lagu sepanjang jalan. Nak dekat sampai Pulau Pinang barulah mereka terjaga,” katanya sambil menambah ketiga-tiga mereka bermalam di Pulau Mutiara itu.

Aktiviti berbasikal di Pulau Pinang.

Walaupun memandu jauh, kata Syura, dia masih mempunyai tenaga untuk bersiar-siar di Pulau Pinang bersama rakan-rakannya dan hanya bertolak pulang ke Shah Alam pada pvkul8 malam Ahad.

“Bayangkanlah, saya yang memandu, saya juga yang bangun awal sebab nak jalan-jalan. Tapi penat mulai terasa semasa alam perjalanan pulang melalui lebuh raya di Perak.

 

Walaupun seorang rakan tu ada lesen, tapi saya lebih yakin untuk memandu sepanjang perjalanan. Ini pemanduan paling jauh saya pernah buat

AINNUR ASHYURA IBRAHIM

“Saya minta rakan untuk ganti memandu. Tapi saya tak berani tidur, memandangkan perjalanan malam agak gelap dan masing-masing dah penat, saya perlu jadi co-pilot sehingga selamat sampai pada kira-kira pvkul3 pagi,” katanya.

Walaupun road trip agak singkat, namun bagi anak kedua daripada tiga beradik itu, masa yang diluangkan bersama rakan-rakannya cukup bermakna.

Syura (tengah) seronok melakukan road trip bersama rakan-rakannya.

Syura bagaimanapun mended@hkan satu insiden yang tidak dapat dilupakan, yang mana dia telah berpesan kepada rakan-rakannya supaya menjaga tutur kata sepanjang perjalanan.

“Masa tu saya pandu perlahan naik ke Genting Highlands sebab berbukit, tapi saja cakap sebab mereka berat. Lepas tu kawan kata berat tu sebab ada ‘sesuatu’ yang tumpang sama di belakang.

“Tiba-tiba semua terus senyap, tapi saya pula fikir yang bukan-bukan. Kejap-kejap saya tengok kiri kanan, dahlah masa tu jalan sunyi saja.

“Cermin pandang belakang memang tak tengok langsung. Ser4m! Tapi syukur kami selamat naik ke Genting Highlands,” katanya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Mstar



via Sinar Viral Network

Post a Comment

0 Comments

loading...