Pelakon Azar Azmi berkongsi berita sedih apabila neneknya, Aminah Isa men1nggal dunia awal pagi tadi.
Menurut Gempak, arw4h yang berusia 82 tahun men1nggal dunia secara mengejut di kediamannya di Puncak Alam, Selangor.
“Nenek saya, mak kepada arwah ibu men1nggal secara mengejut. Sebelum tu, dia tak nak makan, tak nak minum.
“Arw4h men1nggal masa tidur,” katanya seperti dipetik.
Jelas pelakon drama Nur 2, arwah neneknya meninggal dunia lima bulan selepas datuknya, Othman Idris, 86, mengadap Ilahi pada Februari lalu.
Ia sekali gus, memberi kesan mendalam buat Azar.
Terdahulu, Azar atau nama lengkapnya Siti Azar Ameerah Azmi memakumkan berita sedih tersebut menerusi Instagram miliknya.
“Nenek saya telah kembali kerahmatullah pagi ini. Mohon kepada semua mendoakan agar segalanya berjalan dengan lancar,” tulisnya.
Azar yang juga merupakan anak yatim piatu telah kehilangan ibu bapa, Azmi Meri dan Arbaayah Aminah beberapa tahun lalu.
Kami di MH mendoakan agar kedua ibu bapa, datuk dan nenek Azar ditempatkan bersama orang-orang beriman. Al-Fatihah.
Sumber, Foto : Gempak, Instagram Azar Azmi
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: MH
via Sinar Viral Network
0 Comments