Neeta Nak Kahwin Lepas Beli Rumah

Penyanyi Neeta Manishaa memberitahu bahawa dia belum terfikir untuk mendirikan rumah tangga pada usia sekarang.

Menurut Neeta atau nama sebenarnya, Neeta Manishaa Manogaran, 26, dia hanya akan memikirkan soal kahwin selepas memiliki rumah sendiri nanti.

“Dulu masa kecil, bila orang tanya, nak kahwin umur berapa, saya jawab 25 tahun. Bila dah sampai 25, saya rasa bukan masanya lagi.

“Saya nak beli rumah dulu. Perkahwinan ini bukan hanya pasangan sahaja yang perlu bersedia, tetapi kita diri sendiri juga. Lagipun, saya mengimpikan majlis perkahwinan bila ada rumah, buat kenduri barbeku di belakang rumah,” katanya kepada Gempak.

Bintang Big Stage musim kedua itu ditemui sewaktu sidang media pelancaran single terbaharunya berjudul Hanya Mimpi di Subang Jaya, Selangor.

Dalam pada itu, Neeta memberitahu bahawa dia sebolehnya mengelak daripada mempunyai pasangan yang berada dalam industri yang sama.

Bagaimanapun, Neeta enggan mended@hkan sama ada dirinya kini sedang menjalin hubungan istimewa dengan mana-mana lelaki.

“Teman lelaki? Tiada komen,” katanya.

Dalam pada itu, bercakap mengenai single terbaharunya, ujarnya, ia merupakan projek solo keduanya selepas lagu Ruang Mimpi.

“Hanya Mimpi ini merupakan kesinambungan lagu Ruang Mimpi.

“Lagu ini sepatutnya dilancarkan sekitar Mac tetapi tergendala berikutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan,” katanya yang memberitahu lagu tersebut merupakan karya komposer Becky Zulkepli. 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Gempak



via Sinar Viral Network

Post a Comment

0 Comments

loading...