Mira Filzah Ded4h Akan Berkahwin, Sekali Bakal Ibu Mertua Bersuara Ded4h Sesuatu

KUALA LUMPUR: Teka-teki status pelakon, Mira Filzah dengan anak kenamaan, Wan Emir Astar terjawab apabila mengesahkan sudah bergelar tunangan orang.

Bagaimanapun, Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) pada 2019 itu enggan mended@hkan tarikh rasmi dirinya disunting.

“Buat masa ini, saya diminta untuk tidak mended@hkan lagi. Insya-Allah, jika semuanya sudah ditetapkan, saya akan umumkan dan tidak melupakan media,” katanya ketika ditemui pada majlis sidang akhbar, The Nurflix Initiative di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, Selangor, di sini, hari ini.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

. . Let’s flip a coin. Heads, you’re mine. Tails, I’m yours! 🥰 . . 📸: 🌌

A post shared by MIRA FILZAH (@mfmirafilzah) on

Mengulas khabar angin mend@kwanya bakal disatukan pada Oktober ini, Mira hanya melemparkan senyuman penuh makna.

“Alhamdulillah, apabila Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kapasiti majlis perkahwinan boleh melebihi 250 orang, jadi insya-Allah. Jika, sudah ada tarikh saya akan berkongsi nanti,” katanya.

Ditanya mengenai persiapan perkahwinan, Mira tidak menafikan sedang membuat persiapan.

“Persiapan sedang dilakukan, tetapi setakat ini, saya tidak pasti berapa peratus sudah bermula,” katanya.

Sebelum ini, Mira dan Wan Emir yang juga anak Ahli Parlimen Kuala Kangsar dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas Tugas Khas), Datin Mastura Mohd Yazid dilaporkan bakal disatukan sebagai suami isteri pada Oktober depan.

Difahamkan, Wan Emir yang juga ahli perniagaan memiliki firma seni bina dan perusahaan perniagaan sudah menghantar rombongan meminang Mira, baru-baru ini.

TIMBALAN Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datin Mastura Mohd Yazid mengesahkan anaknya, Wan Emir Astar bakal melangsungkan pernikahan dengan pelakon popular, Mira Filzah, tahun ini.

Mastura yang juga Ahli Parlimen Kuala Kangsar ketika ditemui turut meminta orang ramai mendoakan kebahagiaan anak dan bakal menantunya itu.

“Ya, kedua-dua keluarga sudah berjumpa. Semuanya berjalan lancar dan ia akan diumumkan nanti. Insya-Allah,” katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, Mira ketika ditemui mengesahkan dia sudah bertunang dengan Wan Emir tetapi enggan mended@hkan secara terperinci mengenai pertunangannya itu.

Mira juga tidak menafikan mengenai persiapan majlis perkahwinannya yang dikatakan bakal berlangsung Oktober ini.

“Saya dah bersedia (untuk berkahwin) dan kini sedang dalam fasa ‘on-going’ (persediaan). Kalau berapa peratus persediaan yang sudah dilakukan, saya tak dapat jawab kerana masih di peringkat awal,” katanya.

Harian Metro sebelum ini melaporkan mengenai desas desus hubungan Mira dan Emir yang dikukuhkan lagi apabila adiknya, Aina Fadhilah memanggil Emir dengan gelaran BIL (brother in law) atau abang ipar.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : BH, HM



via Sinar Viral Network

Post a Comment

0 Comments

loading...