Miera Leyana Sah Bergelar Isteri! Sekali Profil Suaminya Jadi Buah Mulut Ramai

Rasanya baru beberapa hari lepas keluar berita tentang pelakon ini yang mengaku sedang rapat dengan seseorang. Siapa sangka hari dah berkahwin.

Dengan sekali lafaz, pelakon, Miera Leyana, 27, selamat diijabkabulkan dengan usahawan, Rosland Othman, 40-an di sebuah hotel terkemuka, di sini, jam 8.45 malam tadi.

Miera dan Rosland dinikahkan oleh bapa Miera, Datuk Seri Kasmi Arsat. Pada majlis tertutup yang hanya dihadiri ahli keluarga dan sahabat terdekat, pelakon drama Memori Cinta Suraya itu menerima mas kahwin berjumlah RM100.

Mengangkat tema klasik dan moden, Miera kelihatan anggun dengan busana putih perak di sisi suami yang turut mengenakan persalinan rona sama, rekaan pereka fesyen, Rizman Ruzaini, manakala pelamin, dekorasi dan perunding perkahwinan oleh The Calla.

Miera berkata, dia dan suami bersyukur pada Allah SWT akhirnya disatukan sebagai suami isteri yang sah.

” Saya mengucapkan terima kasih atas doa dan restu dalam penyatuan dua hati ini.

” Secara jujurnya, saya tak sangka, daripada teman baik kini menjadi suami saya. Kami memang tak beriya-iya bercinta seperti pasangan lain, cuma saya menyenanginya sebagai rakan.

” Saya dan suami sudah lama saling mengenali, sejak empat tahun lalu. Kali pertama kami bertemu ketika menghadiri sebuah majlis pelancaran,” katanya kepada BH Online.

Aktres yang pernah diangkat Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem, Anugerah Skrin pada 2013 menerusi filem Pecah itu berkata, dia terkejut apabila suami meluahkan isi hati dan melamarnya sebagai suri hidup pada Mei lalu.

” Suami terus bertemu keluarga untuk memberitahu keinginannya memperisterikan saya. Keluarga tiada halangan, malah merestui hubungan kami.

” Persiapan majlis pernikahan dilakukan dalam tempoh tidak sampai sebulan. Kami bernikah dahulu, manakala majlis resepsi akan diadakan bulan depan,” katanya.

Pelakon filem Apokalips X dan Lebuhraya Ke Neraka itu berkata, dia menerima lamaran suami selepas menilai keikhlasannya berkawan selama ini.

” Suami lain daripada yang lain. Karakter kami bagaikan langit dengan bumi, tetapi dia menerima saya seadanya. Dia sangat matang, penyayang dan mengambil berat.

” Itu yang membuatkan kami boleh berkawan lama. Seperti yang selalu saya katakan, saya perlukan lelaki yang memahami jiwa saya,” katanya.

Siapa suami Miera?

Rosland Bin Othman dilantik sebagai Pengarah Urusan Sarawak Consolidated Industries Bhd (SCIB) pada 1 Oktober 2019. Beliau juga dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif pada 10 September 2019.

SCIB kini mengendalikan tiga kilang yang menghasilkan produk konkrit pracetak di Kuching, Sarawak.

Encik Rosland adalah Naib Presiden Kanan Serba Dinamik Holdings Berhad dari bulan Jun 2016 hingga September 2019.

Sebelum itu, dia telah terlibat secara meluas dalam perbankan pelaburan serta industri minyak dan gas, meliputi jawatan seperti Ketua Perbankan Korporat dan Pelaburan di PT Bank Muamalat Indonesia (Kuala Lumpur).

Selain itu Rosland juga adalah Wakil Presiden, Bahagian Perbankan Pelaburan Ibdar Bank BSC (c), Malaysia, Naib Presiden, Bahagian Perbankan Pelaburan Elaf Bank BSC (c), Bahrain dan Pemangku Ketua, Jabatan Perbankan Pelaburan Bank Muamalat (M) Berhad.

Pada masa ini dia menganggotai Lembaga Pengarah di pelbagai syarikat iaitu Konsortium KAJV Sdn. Bhd., Malaysia, OHP Ventures Incorporated, Labuan, Malaysia, Sufini Holdings Ltd, Abu Dhabi, UAE dan Geppert GmbH, Austria.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : http://limauais.pw/



via Sinar Viral Network

Post a Comment

0 Comments

loading...