“Masa Mudo Dulu Hakak Pakai Dah…,” – Ada Yang Nak Lihat Pakai Gaun Kembang Macam Mira Filzah? Respon ‘Slumber’ Tok Ti Bikin Ramai Geli Hati!

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter ada memuat naik foto pelakon dan pengacara, Mira Filzah sewaktu menghadiri majlis sebuah produk kosmetik di Shanghai, Ch1na tahun lalu.

Foto tersebut memaparkan pelakon cantik itu mengenakan sepersalinan gaun hitam bersempena dengan tema ‘Professional Glam Squad’ pada majlis berkenaan.

Lalu, seorang lagi pengguna Twitter bertanyakan apakah kebarangkalian untuk melihat penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengenakan gaun persis pengacara tersebut.

“Memang takde harapan la nak tengok @CTNurhaliza11 macam ni kan kz @RoziSangdewi,” tulisnya.

Memberi komen terhadap persoalan tersebut, ini reaksi ‘slumber’ penyanyi lagu Aku Bidadari Syurgamu itu;

“Masa mudoo dulu hakak pakai dah, sekarang yang kembang hakak je,” jawab penyanyi yang mesra disapa Tok Ti itu.

Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat terhibur dengan reaksi balas Tok Ti yang lucu dan bersahaja itu.

Terdahulu, penyanyi tersohor ini baru sahaja melancarkan album terbarunya yang berjudul MenifestaSITI2020 yang memuatkan 11 buah lagu.

Ia memuatkan enam buah lagu baru dan selebihnya ialah single yang pernah dirakam sebelum ini seperti Anta Permana, 7 Nasihat dan Basyirah.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Datuk Seri Siti Nurhaliza/MH



via Sinar Viral Network

Post a Comment

0 Comments

loading...