“Manusia R4kus Mengejar Kuasa” – Maksud Tersirat Dalam Single KUASA Oleh Joe Flizzow, Azlan & The Typewriter

Dua tahun selepas melebarkan sayapnya dengan ‘Sampai Jadi’, Joe Flizzow melancarkan single terbarunya KUASA yang menampilkan suara besar dalam muzik indie, Azlan & The Typewriter.

Serentak dengan itu, video muzik KUASA arahan Direktor Kreatif Zulamran Hilmi daripada 33.3, turut dilancarkan pada 3 Julai ini.

KUASA, boleh dikatakan sebagai penerbitan muzik yang elegan dan bertaraf antarabangsa daripada Alyph yang merupakan penerbit lagu hit ‘Donde’ nyanyian Andi Bernadee dan ‘Mimpi’ daripada K-Clique.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

1 to four …. @tropicanacity

A post shared by azlanTypewriter (@azlantypewriters) on

Ditanya mengenai tercetusnya idea mencipta lagu KUASA, Joe Flizzow berkata dia mula menulis lagu tersebut dua tahun yang lalu.

“Saya menulis lagu ini dua tahun yang lalu kerana saya merasakan bahawa kita berada di dunia distopia.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Blast the stereo while rocking the mono. For the gram. #CoachNY #CoachMY #CoachPreFall20 @coach

A post shared by Joe Flizzow (@flizzow) on

“Satu masa di mana kekuatan yang ada, tidak akan berhenti sama sekali untuk memenuhi kerakusan dan nafsu mereka, tetapi pada masa yang sama lagu ini adalah seruan untuk bertindak agar pendengar saya sedar dan melengkapkan diri dengan ilmu sehingga dapat menghadapi perjuangan, dengan lebih bersedia.

“Lagu ini juga merupakan peringatan kepada semua bahawa kesenangan pasti datang selepas kesusahan,” katanya penuh makna.

Sementara itu pengarah video muzik KUASA Zulamran berkata, lagu ini berkonsepkan sejarah manusia yang dahagakan kuasa menerusi adegan-adegan yang digambarkan semula secara digital.

“Saya mahu menggambarkan saat-saat penting yang pernah berlaku menerusi visual-visual yang amat mendalam dan penuh makna tersirat.

“Video ini mengisahkan kerakusan manusia dalam mengejar kuasa. Penyalahgunaan kuasa dari semasa ke semasa, dipamerkan secara digital dalam video ini, justeru memberi buah fikiran kepada pendengar untuk menentukan, jika sejarah ini akan berulang,” katanya.

KUASA merupakan single pertama yang dipetik daripada album ketiga Joe Flizzow yang bakal menemui para peminatnya akhir tahun ini.

KUASA kini boleh didengari di semua platform digital dan muzik video arahan Zulamran Hilmi boleh ditonton bermula esok di saluran YouTube Joe Flizzoe dan Universal Music Malaysia, jam 12 tengah malam.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Gempak

 



via Sinar Viral Network

Post a Comment

0 Comments

loading...