Mana Video Awal, Kenapa Hanya Rakam Waktu Pegawai Tu Berlembut?” – Anak Pak Cik Jagung Bersuara

Susulan kisah pakcik jagung yang tiada lesen berniaga dan telah di kasari oleh pegawai penguatkuasa

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) tampil menjelaskan situasi sebenar berhubung tindakan prov0kasi seorang penjaja terhadap anggota penguat kuasa di Pasar Selayang Jaya.

MPS memaklumkan pakcik jagung tersebut tidak punya lesen kerana berstatus PR ( ic merah) yang sememangnya tidak melayakkan beliau untuk memohon lesen perniagaan.

Video terbaru yang di kongsi di laman FB menampakkan prov0kasi yang di timbulkan oleh bapanya dengan mencabar pegawai penguatkuasa yang menjalankan tugas..

Bapa di kec4m kerana menimbulkan prov0kasi dan anak tampil menerangkan keadaan sebenar yang menimbulkan kemar4han ayahnya..
Assalamualaikum dan salam sejahtera , saya dapat tahu ada satu lagi video yang menunjukkan kemar4han ayah saya dari pihak satu lagi . Saya tahu dia memang mar4h dan sebagainya , tapi ayah saya cuma bertindak sebagai naluri seorang manusia yang berasa ter4ncam . Ayah saya tak gila nak meng4muk tak tentu pasal , tervk mereka memburvkkan ayah saya sebelum tu .

Video tidak di rakam awal bukan video penuh
Kenapa tak record dari awal kenapa hanya rakam waktu penguatkuasa tu berlembut ? Mana video yang sebelum nya ? Orang orang sana tahu kejadian sebenarnya . Dia sendirian dan dikelilingi ramai anggota , tak patut ke rasa takut dan ter4ncam ? Saya dah jelaskan dari awal kenapa ayah saya mar4h di situ .

Awalnya bapa di tudvh berlakon buta oleh pegawai..

Dia mula panas hati selepas ditudvh belakon bvta . Dia juga telah di “Engkaukan” , 3 kali dalam dua minggu dia dis1ta dia tertekan sangat . Orang tua mana yang dapat terima ? Dia tak sempurna sama seperti anggota2 tu . Dia bukan berpelajaran tinggi . Saya taknak menceritakan kata2 kes4t dan kas4r mereka tapi jika mel4mpau saya juga boleh menceritakan anc4man mereka juga dan perbuatan mereka yang lain . Mereka menang kerana ada anggota yang hanya merakam kesalahan dan kemar4han ayah saya . Ayah saya tidak boleh menggunakan telefon pun untuk merakam ugvtan2 dari mereka . Ayah saya langsung tidak tahu dia dirakam . Dan sebabkan matanya dia tak nampak telefon yang sedang merakam , jadi dia tak boleh nak pura2 baik dan sempurna .

Mengaku ayah tiada ic biru walau telah menetap 40 tahun dan gagal dalam membuat permohonan warganegara

Tambahan lagi , saya mengaku memang ayah saya bukan biru tapi dia bukan kosong ya . Dia menetap di sini lebih dari 40 tahun dan dah bertahun2 memohon biru tapi belum diluluskan . Kami berenam anaknya memang biru . Saya dan abang saya keduanya memang pernah memohon lesen tapi tetap tak lulus walaupun kami biru . Siapa ayah saya nak melawan kakitangan kerajaan tanpa sebab ? Biasanya memang mak ayah saya akan pergi kalau melihat mereka , tapi kalini mereka terus mengepung ayah saya . Mak ayah saya pernah juga didatangi anggota penguatkuasa yang berbudi bicara dan mereka takda masalah langsung nak berundur .

Jangan nilai ayah berdasarkan sekeping kad pengenalan

Saya tak ingin apa2 saya cuma nak semua menilai dari segi kemanusiaan dan agama , bukannya dari segi kaum bangsa atau keturunan . Jangan kerana ayah saya bukan biru membvtakan mata semua , jangan hanya membela berdasarkan sekeping kad pengenalan . Belalah atas dasar kemanusiaan dan agama .

Video pendek tidak menunjukkan keseluruhan cerita

Kedua2 video bukan saya yang rakam . Bukti memang tiada tapi Allah tahu apa yang sebenarnya berlaku , punca ayah saya mar4h tidak dirakam di mana2 video . Saya memang tak boleh beri bukti kerana saya tiada di sana tapi saya kenal ayah saya 
Saya langsung tak kisah apa orang nak kata , sebab memang dalam video satu lagi menunjukkan kesalahan ayah saya tapi video pendek tu bukan menunjukkan situasi dari awal . Tambahan lagi anggota tersebut yang merakam video tersebut . Di mana video penuh dari awal ?
Aapa pun jadi saya tetap akan membela ayah saya walaupun tiada seorang pun yang akan menyokong saya sebab saya tahu kenapa ayah saya berkelakuan begitu . Saya tak menegakkan benang yang basah , tapi video yang ditunjukkan tu bukan dari kejadian awal , yang kenapa ayah saya marah . Anda takkan faham kerana anda tak berada di dalam situasi kami .

Siti Norfadhilla juga ada membuat permohonan maaf bagi pihak ayahnya.

Pelakon Azhan Rani meluahkan rasa sedih melihat seorang warga emas yang menerima layanan buruk daripada beberapa anggota Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menerusi sebuah video yang tular di media sosial pada Rabu.

Menurut Azhan, 44, pihak tersebut tidak wajar bersikap biadap dan menegur individu yang melakukan kesalahan secara kasar terutamanya golongan warga emas.

“Aku terkesan bila terlihat rakaman video amatur pagi ni di Facebook. Tak pasti apa kisah sebenarnya… mungkin sahaja video lama atau baru.

“Apakah melaksanakan und4ng-und4ng memberikan lesen besar untuk kita menjadi biadap, kej4m, hilang kesantunan terhadap orang tua dan golongan yang dikuatkuasakan dengan und4ng-und4ng ini?

Azhan mengakui terkesan dengan tindakan pihak berkuasa yang berkelakuan biadap terhadap warga emas seperti dirakam dalam video tersebut.

“Apakah undang-undang menolak segala pertimbangan kemanusiaan yang ada dalam diri individu yang seharusnya bergelar manusia?” tulisnya.

Walaupun tidak mengetahui kisah sebenar disebalik video tersebut, Azhan berkata warga emas itu kemungkinan memulakan prov0kasi dan melanggar und4ng-und4ng yang ditetapkan.

Menerusi video berdurasi tiga minit itu memperlihatkan seorang lelaki berusia lingkungan 70an cuba mempertahankan barang-barangnya daripada dirampas pihak berkuasa.

Pelakon drama Nur ini berkata ia mungkin satu-satunya punca rezeki lelaki itu dan tidak semua orang dilahirkan dengan kemewahan.

Azhan berharap pihak berkuasa lebih bertoleransi ketika berhadapan dengan orang awam.

“Aku pasti mesti ada cerita sebenar antara penguatkuasa yang sampai sekasar itu terhadap pakcik tua tu. Mungkin saja prov0kasi pakcik tu atau kedegilan dia.

“Namun, di pihak pakcik tua tu pula mesti ada juga kenapa dia sampai sanggup seh1na itu mempertahankan barang-barang dia. Kenapa sanggup dia jadi begitu?

“Kita tak dilahirkan sama rata mewah dan hidup ini kita punya nasib yang berbeza demi sesuap nasi,” katanya.

Tambah Azhan, walaupun undang-undang diterapkan demi kesejahteraan rakyat dan negara, pelaksanaannya akan diterima baik orang awam jika PBT sendiri bersikap lebih sopan dan bertolak ansur.

Dalam pada itu, Azhan berharap agar pendapat yang disuarakan dapat dipertimbangkan pihak berkuasa demi keharmonian Malaysia.

Azhan berkata pelaksanaan undang-undang akan diterima baik orang awam jika penguatkuasa menghorm@ti rakyat.

“Mungkin mana-mana PBT boleh memperhalusi cara menangani hal-hal seperti ini dengan lebih berhemah, mengelakkan perasaan dend4m mahupun benci kepada pihak yang dikenakan tindakan juga orang awam yang memerhati.

“Kita di Malaysia yang penuh aman dan masih kuat dengan toleransi. Kita bukan negara bergolak seperti rakyat Palestin dan tentera Israel.

“Tulisan ini sekadar pendapat untuk Malaysia yang lebih harmoni dari kacamata seorang rakyat yang sehalus pasir. Mohon dapat dipertimbangkan untuk difikir-fikirkan,” ujarnya.

MPS ded@h Penguat kuasa diprovok peniaga jagung berstatus PR

SELAYANG – Penguat kuasa Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menerima provokasi daripada seorang warga emas yang juga peniaga jagung hingga menimbulkan per4ng mulut antara dua pihak seperti yang tular di media sosial pada Jumaat lalu.

Pengarah Jabatan Korporat MPS, Mohamad Zin Masoad berkata, kejadian tersebut berlaku Jumaat lalu sewaktu operasi penguatkuasaan terhadap penjaja tanpa lesen di sekitar Pasar Selayang Jaya.

Menurutnya, semasa operasi dilaksanakan MPS telah mengeluarkan tiga kompaun dan tiga sitaan ke atas peniaga yang terlibat.

“Bagaimanapun anggota penguat kuasa MPS berdepan provokasi dari peniaga jagung tersebut semasa tindakan sit4an dilaksanakan.

“Peniaga tersebut yang merupakan pemegang kad pemastautin tetap (PR) gagal memberikan kerjasama hingga menimbulkan kekec0han semasa penguatkuasaan dilaksanakan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamad Zin berkata, peniaga berkenaan pernah beberapa kali dikenakan tindakan amaran, kompaun dan sitaan sebelum ini namun berdegil meneruskan aktiviti perniagaan.

“Sebagai pemegang kad pemastautin tetap (PR) peniaga tersebut tidak layak untuk memohon permit penjaja berdasarkan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN),” katanya.

Beliau berkata, MPS akan mengambil tindakan und4ng-und4ng termasuk laporan polis atas kesalahan menghalang tugas penjawat awam.

“Selain itu, laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) juga akan dibuat ke atas individu yang membuat rakaman dan menyebarkan video berkenaan.

“Tindakan tersebut telah menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat dan menjejaskan nama baik MPS,” katanya.

Pertengkaran antara penguat kuasa dengan peniaga jagung yang dirakam oleh anggota MPS sewaktu operasi dijalankan Jumaat lalu.

Terdahulu, tular di media sosial beberapa hari lalu video berdurasi dua minit 49 saat menunjukkan seorang lelaki yang berniaga di tepi jalan bertengkar dengan penguatkuasa MPS yang mengundang simpati netizen.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : MSTAR/Rentas Asia



via Sinar Viral Network

Post a Comment

0 Comments

loading...