Luahan suami sweet sangat… pengantin perempuan ‘cair’ ded4h kisah kereta pinjam aircond ros4k, date kat kedai mamak – “Dia tulis tentang jodoh di tudung PLKN saya”

HATI seorang wanita ‘berbunga-bunga’ selepas bergelar isteri yang sah kepada jejaka pilihannya.

Menambah kemanisan itu adalah luahan suaminya tentang dirinya di laman sosial.

“Selain daripada mak dan abah, wanita inilah yang menjadi tulang belakangku di waktu jatuh dan bangunku. Di setiap kegagalan dan kejayaanku, wanita ini sentiasa berada di samping aku dan menyokong penuh setiap apa yang aku bina.

“Perjalanan untuk sampai ke tahap ini bukan mudah, tetapi mempunyai wanita seperti dia menjadikan perjalananku sangat mudah. Aku bersyukur dipertemukan wanita yang kuat dan sabar seperti @lidiyaizam7,” tulis pengantin lelaki di laman Instagram.

Luahan suami Lidiya yang menyentuh perasaan. Foto instagram aarifzainal

“Di sebalik kejayaan seorang lelaki berdirinya seorang wanita di belakangnya… aaaa sweetnya laki aku!!” tulis seorang wanita di laman Twitter mengenai luahan suaminya.

Wanita berkenaan, Lidiya Izam berkata, mereka bernikah pada 26 Jun lalu di Klang, Selangor dan posting yang dibuat suaminya itu pada Rabu.

Katanya, titik perkenalan mereka bermula semasa menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kem PDS Resort di Port Dickson, Negeri Sembilan pada 2015.

“Tapi masa tu kami masing-masing sudah berpunya. Jadi, kami anggap sebagai kawan sahaja. Ada berhubung selepas tamat PLKN tetapi lost contact kira-kira setahun kemudian.

“Kami bertemu semula selepas dia contact saya menerusi Instagram buat pertama kali pada 2017. Secara kebetulan, kami berdua kembali single dan cuba untuk mengenali antara satu sama lain,” kata wanita berusia 23 tahun itu kepada mStar.

Lidiya mengenali suami semasa menyertai PLKN pada 2015.

Mengimbas kembali detik perkenalan, Lidiya mended@hkan terdapat sesuatu pada pemuda seusia dengannya itu yang menjadi tanda tanya setiap kali mereka bertemu.

“Masa first date, dia minta kami terus jumpa di satu tempat. Dia tanya boleh tak saya pergi sendiri, dan saya kata okay. Begitu juga date kedua, sampai buat saya tertanya-tanya.

“Selepas seminggu baru saya tahu rupa-rupanya dia segan sebab cuma pakai kereta Proton Iswara model lama yang aircond rosak dan tak ada lampu. Itu pun kereta pinjam tapi saya okay,” ujarnya yang berasal dari Klang.

Kemesraan Lidiya (kanan) dan suami pada majlis pernikahan.

Menurut Lidiya, suaminya merupakan anak tunggal dan bukan dilahirkan dalam keluarga senang, tetapi seorang yang berdikari dan berdisplin.

“Masa date pertama, kedua dan ketiga sebelum tu dia tak nak makan. Alasannya dah kenyang, hanya mahu temankan saya. Dia sanggup ikat perut sebab nak simpan duit.

 

Dia tak perlu nak try hard tapi dia layan saya dengan baik. Bagi saya tentang cari pasangan ni, semua manusia tak sempurna dan kita kena terima seseorang itu seadanya dan beri sokongan untuk dia lebih berjaya

LIDIYA IZAM

“Saya bukan jenis high maintenance. Di awal perkenalan kami date kat kedai mamak. Kami pernah berkongsi makanan, separuh pinggan untuk saya dan separuh lagi dia makan.

“Dulu kerjanya tak tetap dan hanya harapkan komisen yang tak banyak. Dia pernah down disebabkan tekanan kerja dan saya beri sokongan untuk dia berusaha dengan kerja yang lebih baik,” katanya sambil menambah suaminya kini bertugas sebagai ejen jualan kereta.

Kisah Proton Iswara dan tudung PLKN pasti menggamit memori Lidiya dan suami.

Lidiya yang merupakan eksekutif jualan hartanah berkata, dia tertarik dengan keikhlasan dan kesetiaan suaminya selain semangat dan disiplin yang tinggi.

“Dia tak perlu nak try hard tapi dia layan saya dengan baik. Bagi saya tentang cari pasangan ni, semua manusia tak sempurna dan kita kena terima seseorang itu seadanya dan beri sokongan untuk dia lebih berjaya.

“Apapun, saya teringat suatu hari tu saya kemas barang-barang lama di rumah dan terjumpa tudung yang saya pakai di PLKN. Rakan-rakan ada tulis ucapan pada tudung tu sebagai tanda kenang-kenangan selepas tamat program latihan.

“Dia tulis tentang jodoh di tudung PLKN saya. Katanya jodoh akan pertemukan kita suatu hari nanti. Alhamdulillah sekarang ni dia suami saya, tak sangka betul,” katanya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Mstar



via Sinar Viral Network

Post a Comment

0 Comments

loading...