Keranda Mempunyai Sistem Audio



Stockholm: Sebuah syarikat Sweden, Pause Ljud & Bild menawarkan keranda lengkap dengan speaker dua hala dan akaun dengan khidmat muzik Spotify untuk membolehkan muzik terus berkumandang dalam kubur.

Syarikat berkenaan berkata, keranda Sistem Bunyi CataCombo itu berharga AS$30,000 (RM99,000). Pembeli juga akan diberi batu nesan dengan permukaan digital yang akan mempamerkan kepada pelawat nama lagu yang sedang dimainkan di dalam keranda itu.


Rakan dan anggota keluarga si mati juga boleh memilih lagu untuk dimainkan dengan mengguna Spotify yang kemudian akan berkumandang ke luar dari speaker keranda itu menerusi hubungan Internet 4G yang dipasang pada batu nesan.

Menurut Pause Ljud & Bild, pelanggan pertamanya Fredrik Hjelmquist, ketua pegawai sebuah syarikat, berikrar mahu ditanam dengan keranda itu dan membenarkan pengunjung menambah senarai lagu yang sudah dipilihnya.








Setakat ini, senarai ‘Pause 4-ever’nya, mengandungi lagu seperti Atmosphere oleh Joy Division, Teardrop (Massive Attack), Cemetery Gates (The Smiths), Dancing On My Own (Robyn) dan I’ll Sleep When I’m Dead oleh Bon Jovi



Tetapi dengan hanya 931 terkandung dalam senarai itu, Hjelmquist berharap ia akan berulang secara berterusan.

Keranda Mempunyai Sistem Audio

Post a Comment

0 Comments

loading...