Kehidupan kembali normal, riuh sana-sini! Nabila Huda lebih seronok berkurung dengan suami – “I don’t like it, boring”

TIGA bulan berkurung kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pelakon Nabila Huda terkenang momen indah bersama suami dan anak di rumah sepanjang tempoh berkenaan.

Nabila berkata meskipun pergerakan mereka terhad, namun dia seronok kerana dapat melakukan pelbagai aktiviti berfaedah bersama insan tersayang.

“Bila kita flashback balik masa kita semua duduk rumah tak boleh keluar, best g1lakan? Semua orang rapat antara satu sama lain, masak dan makan macam-macam.

“Sekarang semua orang dah kembali pada rutin normal! Huru-hara sana-sini… I don’t like it, boring!.

It’s okay, hidup kena diteruskan… jadi untuk teruskan hidup, korang kena bersedia sebab perniagaan Sambal Isabella akan kembali tak lama lagi,” katanya.

Nabila maklumkan perniagaan kek dijalankan sepanjang PKP sudah tamat operasi.

Anak kepada penyanyi rock Amy Search ini berkongsi luahannya itu menerusi Instagram pada Khamis.

Nabila dan suami Mohd Izwan Johar berkahwin pada 25 Disember 2015.

Sebelum itu Nabila pernah berkahwin dengan Zaidi Zailani dan dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Keisha Laila yang kini berusia 10 tahun.

Nabila bersama suami dan anak tersayang.

Dalam pada itu, Nabila turut memaklumkan perniagaan kek yang dijalankan sepanjang tempoh PKP sudah ditamatkan operasi.

“Cuma nak beritahu anda, Hippies Banana Cake sudah selesai semua tempahan dan tamah sudah perkhidmatan… kami cuma ambil tempahan khas atas permintaan.

“Terima kasih atas sokongan anda semua dari hari pertama PKP lagi,” ujarnya.

Selain perniagaan kek dan sambal, Nabila turut membuka sebuah butik pakaian dan restoran yang diusahakan bersama suami di Rasta TTDI Kuala Lumpur.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Mstar



via Sinar Viral Network

Post a Comment

0 Comments

loading...