“Keadaan Rumah Par4h..” Pegawai Zakat Dedah Sikap Sebenar To’Ki

KUALA LUMPUR: Penyanyi era 1990-an, To’ki yang kisah hidupnya hangat diperkatakan sejak beberapa hari lalu, mendapat pembelaan Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) yang tampil menghulurkan bantuan.

Ketua Pegawai Eksekutif, PPZ-MAIWP, Ahmad Shukri Yusoff memberitahu, To’ki, 53, dan isterinya, Sharifah Fairuz Syed Yusof, 48, akan mendapat rumah baharu.

Berkunjung ke pondok To’ki di Batu 12, Gombak, kelmarin, Ahmad Shukri berkata, isteri penyanyi itu ditimpa kem4langan yang mengakibatkan tulang pinggulnya patah, baru-baru ini.

“To’ki dan isterinya perlu kediaman yang sesuai untuk meneruskan kelangsungan hidup. Ketika saya berkunjung, tidak sangka, keadaan tempat tinggal mereka agak ‘par4h’. Malah, boleh dikatakan agak kriti1kal.

Syabas PPZ Wilayah Persekutuan atas tindakan pantas.

Posted by Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri on Wednesday, July 1, 2020

Pegawai PPZ ded@h sikap sebenar To’ki

“Kami bertanya apa keperluan yang dimahukan, namun, To’ki bukanlah suka meminta-minta,” katanya kepada BH Online.

Pada zaman kegemilangan, To’ki atau nama sebenar, Mohd Zaki Mansur, 53, mengungguli carta dengan rangkaian lagu popular seperti Biasan, Seni Berzaman dan Naluri Cinta dendangan bersama Rohana Jalil.

Lagu Seni Berzaman meraih trofi juara kategori Irama Malaysia pada Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-8 pada 1993.

Ahmad Shukri berkata, To’ki berat hati untuk berpindah kerana pondok itu menjadi tempat mencari ilham dan inspirasi dalam berkarya.

“Pasukan saya akan mencari rumah berdekatan agar To’ki boleh kembali ke pondok pada bila-bila masa untuk berkarya,” katanya yang memberi tempoh seminggu bagi mendapatkan rumah baharu untuk To’ki.

Ahmad Shukri berkata, pihaknya akan menyediakan kelengkapan seperti peti sejuk, meja makan dan mesin basuh untuk pasangan itu.

Bagi memudahkan To’ki untuk berulang-alik ke pondoknya, pihaknya membantu membiayai kos baik pulih kereta To’ki.

“Kereta To’ki tersadai di bengkel kerana tidak ada wang untuk membayar kos pembaikan. Kami berjanji untuk membiayai kos itu bagi memudahkan beliau bergerak,” katanya.

Ahmad Shukri berkata, pihaknya juga menghadiahkan komputer riba kepada isteri To’ki yang aktif dalam bidang penulisan kreatif.

“Melihat keadaan isteri To’ki yang ditimpa kemal4ngan, kami akan hadiahkan tongkat dan kerusi roda buatnya,” katanya.

Ebit Lew Juga Turut Membantu

Sementara itu, kunjungan penceramah popular, Ustaz Ebit Lew ke pondok usang To’ki selepas dimaklumkan pengikut akaun Facebook (FB), menghangatkan lagi kisah To’ki di alam maya.

Melalui catatan di FB, Ustaz Ebit tersentuh melihat pondok didiami To’ki terletak jauh di pedalaman.

“Sampai sahaja, saya berdebar kerana rumah To’ki terletak jauh di dalam. Dari jauh To’ki menyambut dan memelluk saya tanpa sempat cakap apa-apa. Kami macam sudah lama kenal.

“To’ki bertanya mengapa Ustaz buat semua ini, buat kebaikan kepada semua orang tanpa mengharapkan balasan,” katanya.

Ustaz Ebit berkata, dia mendapat tahu, To’ki mendiami pondok itu sejak setahun lalu.

“To’ki menjaga dan mengurus isterinya yang tidak boleh banyak bergerak,” katanya.

Lebih menyentuh hati, tambah Ustaz Ebit, To’ki perlu mengangkut air dari sungai berdekatan disebabkan ketiadaan bilik air.

Sehubungan itu, Ustaz Ebit mahu menyediakan tandas buat To’ki dan isteri.

“Insya-Allah, saya akan bantu menyediakan tangki, pam air sungai dan bilik air. Saya juga mahu hadiahkan peti sejuk dan dan mesin basuh,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Sebak sayu tadi ziarah To’ki. Best-best lagu. Ramai tag saya di fb berita ini. Saya terus ke sana. Sampai jer dah berdebar kata Allah kedalam juga ini. Sekali sampai pondok ini ini dah setahun To’ki tinggal bersama isterinya yang sakit. To’ki khidmat jaga dan uruskan isteri kerana isteri tak boleh bergerak sangat. Dari jauh To’ki terus sambut saya dan terus peluk saya. Tak sempat nak cakap apa-apa. Macam dah lama kenal. Terus To’ki kata kenapa ustaz buat semua ini. Kebaikan pada semua orang tanpa harap balasan. Allah sayang ustaz. InsyaAllah akan bantu untuk Tangki dan water pump air sungai dan bilik air. Saya hadiahkan juga peti ais dan mesin basuh. Dari live kami tadi InsyaAllah Hj Hamid dari Kulim akan beri kayu pain untuk buat rumah cantik-cantik. Syukur dapat berkongsi ilmu dan berkasih sayang-ebitlew

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : BH



via Sinar Viral Network

Post a Comment

0 Comments

loading...