Pelakon Lufya Omar mend@kwa bekas suaminya, Dr Che Hafiz sengaja mempergunakan namanya untuk meraih populariti.
“Jangan gunakan saya untuk tujuan nak glamour. Cukup-cukuplah. Awak tu doktor bukan artis. Jaga tatasusila sebagai doktor,” katanya.
Kredit foto: IG
Dalam satu kiriman mesej kepada Gempak, Lufya mend@kwa percer4iannya berlaku disebabkan kegagalan Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum menggalas tanggungjawab sebagai suami dan bapa.
“Saya dah cukup bersabar. Kalau dia seorang lelaki yang baik dan bertanggungjawab tak akan jadi sampai begini. Saya ada cukup bukti atas tudvhan saya ini.
“Saya simpan dan tak perlu saya hebahkan kerana ia boleh mengaibkan dirinya dan ahli keluarganya,” jelasnya.
Dalam masa sama, Lufya menegaskan bahawa dia tidak menghalang bekas suaminya itu bertemu dengan anaknya.
Kredit foto: IG
“Pasal anak jangan nak berdolak dalih. Allah Maha Melihat. Be a man and walk the talk. Kesian kat anaklah. Masa depan dia lebih penting. Setahun lebih saya dah pikul tanggungjawab kamu sebagai seorang bapa.
“Saya tak halang dia nak datang jenguk anak tapi dia tak datang pun. Apalagi yang kamu nak? Saya hanya berdoa je agar dia diberikan hidayah dan berani berjumpa dan berbincang,” ujarnya.
Sementara itu, Dr Che Hafiz menerusi Instagram mend@kwa tindakan mengunci mulut adakalanya memakan diri.
Kredit foto: IG
Dia bagaimanapun, mendoakan yang baik-baik buat bekas isterinya itu serta berharap doanya dapat meluangkan masa bersama anak dimakbulkan.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: CARI
via Sinar Viral Network
0 Comments