DINDING sebuah bangunan rumah kedai di Shah Alam, Selangor mencvri tumpuan apabila terdapat lukisan mural gerg4si yang memaparkan potret pemimpin-pemimpin negara.
Antaranya lukisan mural karya sekumpulan anak muda memaparkan potret Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah; Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Selain menjadi kunjungan orang ramai untuk mengabadikan kenangan bersama mural gergasi, Dr Noor Hisham turut tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan potret beliau sendiri.
Menerusi perkongsian di laman sosial, beliau berkunjung ke Taman Cahaya Alam, Seksyen U12 di Shah Alam pada pagi Sabtu, dan berkesempatan bergambar bersama mural potretnya.
Perkongsian gambar Dr Noor Hisham mengejutkan pelukis mural potret itu sendiri.
Bagaimanapun, ramai ‘gigit jari’ termasuk penduduk setempat kerana terlepas untuk bertemu figura yang disegani itu secara dekat, di atas komitednya dalam menangani penul4ran wabak Cov1d-19 di negara ini.
“Ayakk, KP Kesihatan mai senyap-senyap, ramai penduduk frust tak perasan datuk… hahaha,” tulisnya di laman sosial berhubung foto Dr Noor Hisham.
Begitu juga di ruangan komen halaman Facebook Dr Noor Hisham, ramai tertanya-tanya bilakah beliau hadir untuk menyaksikan lukisan mural potret gerg4si itu.
“Saya ada di sana juga, pvkul11.30 pagi, patut berada di sana lebih awal,” ujar seorang netizen.
Suhaimi merupakan pelukis mural potret Al-Sultan Abdullah dan Dr Noor Hisham.
Namun, apa yang pasti individu yang paling terkilan adalah pelukis mural potret gerg4si Dr Noor Hisham sendiri iaitu Muhammad Suhaimi Ali, 27.
Menurut Suhaimi yang juga melukis mural potret Yang di-Pertuan Agong, dia berada di hadapan lukisan mural tersebut kira-kira pvkul10.45 pagi Sabtu bagi memenuhi satu temuramah bersama sebuah stesen televisyen.
“Saya berada di situ lebih dua jam dan memang ramai orang di situ. Ada juga beberapa orang awam mahu bergambar dengan saya,” katanya kepada mStar.
Suhaimi mengabadikan kenangan bersama mural potret Dr Noor Hisham yang dilukisnya.
Anak kelahiran Seberang Takir di Kuala Terengganu di Terengganu berkata, dia hanya menyedari kunjungan Dr Noor Hisham selepas dimaklumkan oleh rakan-rakannya.
“Lepas temuramah tu, saya lepak di kedai mamak berdekatan. Tiba-tiba saya dapat tahu daripada rakan-rakan tentang gambar yang dikongsi oleh Dr Noor Hisham di akaun Twitter.
Tak ada rezeki untuk jumpa Dr Noor Hisham. Memang terkejut juga beliau datang. Tapi nak sangat jumpa beliau, kerana menjadi antara watak-watak penting dalam memer4ngi Cov1d-19 di Malaysia
MUHAMMAD SUHAIMI ALI
“Tengok waktu beliau post tu baru kira-kira 15 minit, jadi saya bergegas ke dinding lukisan mural sebab kalau berjalan kaki cuma seminit je.
“Tapi frust sebab tak nampak kelibat beliau. Pelik juga, pvkulberapa dia datang? Mungkin dia datang awal-awal pagi sebab masa saya sampai dah ramai orang,” ujar pelukis lepasan Ijazah Sarjana Muda Seni Halus di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam.
Al-Sultan Abdullah (kiri) dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah (kanan) berkenan hadir menyaksikan lukisan mural. Foto Bernama
Mengimbas kembali mengenai lukisan potret, anak bongsu daripada tujuh beradik itu membuat lakaran wajah Dr Noor Hisham secara digital di rumahnya di Terengganu ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dan hanya melukis mural di dinding pada 21 Jun lalu.
“Sepanjang PKP, hampir setiap hari saya tertunggu-tunggu di hadapan televisyen untuk menonton sidang media beliau mengenai k3s harian Cov1d-19.
“Pembabitan beliau dalam menangani 1su Cov1d-19 memberi ilham kepada saya untuk melukis potret beliau selain potret Yang di-Pertuan Agong,” katanya yang menjadi pelukis mural sejak empat tahun lalu.
Suhaimi (kanan) menerima penghargaan daripada Yang di-Pertuan Agong sewaktu mencemar duli menyaksikan lukisan mural potret baginda.
Suhaimi yang telah melukis lebih 200 mural di seluruh negara bagaimanapun akur rezeki tidak berpihak padanya untuk bertemu dengan Dr Noor Hisham secara dekat.
“Tak ada rezeki untuk jumpa Dr Noor Hisham. Memang terkejut juga beliau datang. Tapi nak sangat jumpa beliau, kerana menjadi antara watak-watak penting dalam memer4ngi Cov1d-19 di Malaysia,” katanya sambil menambah lukisan mural potret Al-Sultan Abdullah dan Dr Noor Hisham masing-masing mengambil masa dua hari untuk disempurnakan.
Menurut Suhaimi, dia tetap bersyukur dengan kunjungan keberangkatan Al-Sultan Abdullah menyaksikan lukisan mural potret baginda, pada petang Jumaat.
“Gementar menghadap baginda, orang yang paling disanjung dan dihorm@ti. Terharu kerana baginda mencemar duli tengok lukisan saya, satu penghargaan buat saya. Terima kasih kepada baginda dan semua yang memberi sokongan kepada saya dan teman-teman,” katanya.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: Mstar
via Sinar Viral Network
0 Comments