PERKONGSIAN pelakon Azar Azmi ketika membuat kejutan sempena hari lahir pelakon dan ahli perniagaan Fizo Omar menimbulkan pelbagai reaksi netizen.
Biarpun ramai yang suka melihat pasangan itu semakin rapat, namun ada juga individu berasa kurang senang dan menganggap Azar seakan-akan terlalu mencuba untuk mendapatkan Fizo.
Komen netizen di ruang perkongsian Azar.
“Menggeletisnya Azar ni. Nampak sangat try hard nak try Fizo. Orang main motor dia gedik nak main motor. Konon-konon kau la yang faham hobi dia.
“Fizo tenang-tenang saja, kau over love-love bagai haha… kesian,” kata individu tersebut.
Bagaimanapun, tindakan individu itu menerima kec4man pengikut aktres itu yang menganggap komen tersebut sebagai busvk hati.
Terima kasih banyak untuk usaha buat kejutan kat saya. Sangat menghargainya
Enggan melatah, Azar atau nama sebenarnya Siti Azar Ameerah Azmi, 31, turut membalas komen tersebut dengan mengajak individu itu mengenali dirinya lebih dekat.
“Mari datang jumpa saya, kemudian anda akan tahu,” komen balas Azar.
Pada Selasa, Azar membuat kejutan sempena menyambut ulang tahun Fizo atau Wan Hafizol Wan Omar yang ke 35 pada 19 Julai lalu yang menguatkan spekulasi mereka kini pasangan kekasih.
Menerusi kapsyen itu, Fizo turut meninggalkan komen dengan memberi ucapan terima kasih kepada Azar atas usaha tersebut.
Sehingga kini Azar dan Fizo kunci mulut mengenai hubungan mereka.
“Terima kasih banyak untuk usaha buat kejutan kat saya. Sangat menghargainya,” tulis Fizo secara ringkas.
Menerusi laporan mStar pada 15 Jun lalu, Azar pernah memuat naik kapsyen di Instagram seakan-akan memberi bayangan mereka kini dalam fasa percintaan.
Fizo pernah berkahwin dengan usahawan Mawar Abadul Karim pada 2013 namun mereka bercerai pada Julai tahun lalu. Mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Wan Maryam.
Manakala Azar telah putus tunang dengan penerbit filem iaitu Hafiz Rozlan pada Februari lalu.
Biodata
Nama penuh: Siti Azar Ameerah binti Azmi. Nama popular: Azar Azmi. Tarikh lahir: 13 Mac 1989. Umur: 29 tahun. Kelahiran: Rembau, Negeri Sembilan, Malaysia
Pekerjaan: Pelakon, model dan usahawan. Media sosial: Instagram @azarazmi
Fakta Menarik
1. Anak ketiga daripada lima adik-beradik.
2. Pernah menyertai Dewi Remaja 2009/10 iaitu sebuah pertandingan kecantikan gadis remaja Malaysia anjuran majalah Remaja. Beliau bersaing dengan Neelofa (juara), Izara Aishah (naib juara), Anzalna Nasir, Syatilla Melvin dan Ramona Zamzam.
3. Dalam bidang perniagaan, Azar merupakan pengasas yang mengusahakan produk kosmetik ZS Instant White dan butik AZARHOF.
4. Kerjayanya sebagai pelakon bermula sebelum penyertaan dalam Dewi Remaja lagi, walaupun hanya memainkan peranan sebagai watak tambahan semata-mata untuk mendapatkan pengalaman dengan bayaran serendah RM50 hingga RM100.
5. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2010.
6. Beberapa drama dan telefilem dibintanginya ialah Mr. Boss Miss Stalker, Mukhlis (Musim 2), Suri Hati Mr. Pilot, Biar Aku Jadi Penunggu, Syurgaku Tak Sempurna, Red Velvet, Gerak Khas, Bayangan Emilia, My Coffee Prince (penampilan istimewa), Tiada Arah Jodoh Kita, Uniknya Cinta, Cinta Fatamorgana, Isteri Untuk Diiktiraf, Terbaik Dariku dan Pujaan Hati Kanda.
7. Dicalonkan dalam kategori Artis Baru Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017.
8. Pada tahun 2017, hubungan cintanya dengan seorang duda anak dua yang dikenali selama tiga tahun akhirnya terputus. Kemudiannya, Azar mengakui sedang mengenali hati budi seorang usahawan berusia 29 tahun.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: MB
via Sinar Viral Network
0 Comments