“Ditawar Gelaran Datuk..” – Shuib

PELAWAK Shuib berkata dia sedang mempertimbangkan tawaran kurniaan gelaran Datuk dari sebuah negeri.

Shuib atau nama sebenar Shahmira Muhamad, 36, bagaimanapun berkata dia masih perlu memikirkan beberapa faktor sebelum bersetuju menerima gelaran tersebut.

“Cuma perlu saya cakap ya sahaja, dah dapat Datuk! Sejujurnya memang ada tawaran dari sebuah negeri dan kami akan adakan perjumpaan untuk berbincang mengenai perkara ini.

“Tapi saya masih fikir-fikir lagi… saya ada bertanya pendapat orang lain termasuklah pihak pengurusan dan rakan-rakan terdekat dahulu.

“Ada yang kata macam tak sesuai sebab saya masih bekerja sebagai penyampai radio dan sebagainya. Saya sendiri tertanya sesuai ke nak dapat gelaran itu walaupun mereka kata kriteria itu dah cukup… tak tahulah kita tengok dahulu macam mana!,” katanya kepada mStar.

Isteri tulang belakang kejayaan Shuib.

Suami kepada penyanyi Siti Sarah Raisuddin ini ditemui semasa pelancaran cawangan ketiga Bubblebee Malaysia yang diadakan di Suite Apartment Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur pada Khamis.

Sementara itu, Shuib berkata sebagai ahli perniagaan dia melihat gelaran tersebut mampu memberikan kelebihan kepadanya dalam beberapa hal.

Lebih-lebih lagi dia dikelilingi oleh usahawan yang berpengaruh yang turut memiliki gelaran tersebut.

Shuib banyak berurusan dengan tokoh korporat.

“Kalau dari sudut bisnes rasa macam saya perlu mempertimbangkan tentang perkara ini. Secara peribadi saya rasa perlu gelaran Datuk ini!

“Saya selalu hadiri mesyuarat dan berbincang mengenai perniagaan dengan usahawan bergelar Datuk Seri dan Datuk ada kala membuatkan saya rasa janggal diri.

“Apabila ada gelaran mungkin rasa dia lain sikit… itulah tak tahu nak cakap lagi! Ada beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum saya yakin untuk menerima gelaran itu,”

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Mstar



via Sinar Viral Network

Post a Comment

0 Comments

loading...