Pernah popular dengan lagu Cinta Muka Buku pada sekitar tahun 2011, nama Najwa Latif pada ketika itu semakin mencanak naik. Lagu tersebut membawa tuah buat penyanyi wanita ini selepas turut dipersembahkan di malam penuh berprestij, Anugerah Juara Lagu ke-26.
Bukan sahaja berbakat dalam bidang nyanyian, Najwa Latif juga insan kreatif di sebalik setiap lagu yang dihasilkannya. Tahun ini Najwa Latif berusia 25 tahun dan pada ketika namanya sedang meningkat naik, dia baru sahaja berusia 16 tahun.
Bagaimanapun, Najwa Latif kemudiannya mula memperlahankan perjalanan karier sebagai anak seni untuk fokus kepada pelajarannya. Sehingga kini, Najwa Latif atau nama sebenarnya Imratul Najwa binti Abdul Latif sudah beberapa tahun bergelar seorang pensyarah.
Namun begitu, baru-baru ini Najwa Latif dikatakan artis underrated oleh seorang pengacara dalam sebuah rancangan dalam talian. Menjawab mengenai perkara tersebut, jawapan Najwa Latif menerusi laman Twitter miliknya memang humble habis!
“Sebab apa ada ni dah cukup alhamdulillah. Kalau dapat lebih pun alhamdulillah.” – Najwa Latif
Sebab apa ada ni dah cukup alhamdulillah. Kalau dapat lebih pun alhamdulillah. 🙆🏻♀️ https://t.co/OtZYqVsvjz
— Najwalatif (@NjwaLatif) July 3, 2020
Di ruangan komen rata-rata warganet memuji sikap rendah diri penyanyi ini dan ada juga yang menyel4r gelaran artis underrated oleh pengacara tersebut.
“Omg Najwa Latif tak underated okay, dia ada bakat. Tambahan pula dia adalah pensyarah. Jarang lah nak tengok artis jadi lecturer”
“Masih lagi support sejak lagu Cinta Muka Buku. She is humble person”
“Alhamdulillah dan bersyukur…Dah cukup! Terbaik 100% Najwa Latif!”
Untuk info, ‘Tak Kisah Pun’ adalah lagu terbaru dari Najwa Latif berduet dengan Akwa Arifin. Jom layan dulu…
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: HCL
via Sinar Viral Network
0 Comments