“Dia Pernah Beritahu Nak Berhenti Kerja Meski Gajinya Banyak,” – Sarah Buka Cerita, Shuib Ded4h Rahsia Sukses Bisnes

Pelawak dan penyampai radio, Shuib menyifatkan kejayaannya dalam bidang perniagaannya kini bukan hanya terletak kepada dirinya seorang.

Sebaliknya, dia menghargai setiap individu yang memberinya kekuatan untuk terus mengembangkan bisnes, meski ia bukanlah suatu hal yang mudah.

Bapa kepada tiga cahaya mata ini juga tidak menafikan, keberjayaan seseorang lelaki itu kerana mempunyai wanita yang sentiasa menyokong dari belakang.

“Kalau orang kata pandai berniaga, bagi saya itu yang orang nampak. Akan tetapi, di balik persepsi tersebut, sebenarnya ramai yang tidak tahu, saya pernah gagal.

“Bukan sekali tapi mungkin beratus-ratus kali. Cuma saya tidak pernah putus asa. Isteri ada sokong dari belakang. Saling mendukung.

“Dia percaya saya, sokong dan tidak pernah jemu beri semangat. Syukur, saya juga dikelilingi oleh insan-insan hebat, termasuk anak-anak yang menjadi punca rezeki.

“Allah bantu, alhamdulillah,” kata Shuib sambil diakui isteri, penyanyi Sarah Raissuddin.

Sarah turut mended@hkan pernah satu ketika, Shuib menyatakan hasrat untuk berhenti kerja meski pada ketika itu nilai gajinya cukup tinggi.

“Dia pernah beritahu saya nak berhenti kerja biarpun gajinya banyak waktu itu. Sebagai isteri, saya merasakan dia masih lagi punya banyak tanggungan.

“Pasti akan tergugat. Macam mana nak sara famili kalau tiada kerja nanti?

“Jadi sudah tentulah saya merasakan adakah perlu untuk dia berhenti kerja kerana masih ada ‘demand’?

“Namun, dia beritahu saya, kalau pun dia berhenti kerja sekalipun, tak kan mahu risikokan dia punya pendapatan?

“Sebolehnya, dia mahu lebih daripada pendapatannya ketika itu. Saya kuatkan semangat, sokong apa sahaja perancangannya,” akui Sarah.

Sementara itu, Shuib juga tidak menafikan kejayaannya kini turut ‘dikutip’ hasil pengalaman lalu yang mendewasakan.

“Saya juga belajar dari pengalaman. Kalau orang cakap saya pandai bisnes, saya sebenarnya tidak pandai.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

My love @shuibsepahtu

A post shared by Siti Sarah Raissuddin (@sitisarahraissuddin) on

“Akan tetapi seperti yang saya beritahu, Allah hantarkan saya orang-orang yang bijak pandai pada saya.

“Dia bantu saya. Itu yang saya nampak. Terima kasih atas rezekiNya,” akhiri Shuib.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: MH



via Sinar Viral Network

Post a Comment

0 Comments

loading...