Berlaku kesilapan dalam laporan berita sebelum ini, Ismail Sabri tampil membuat pencerahan di FB milik beliau
“Petang tadi tular tentang satu kesilapan tajuk oleh Berita Harian yang menimbulkan kekeliruan di kalangan orang ramai.
Namun Berita Harian sudah pun mengakui kesilapan ‘misleading’ tajuk berita (di sebelah kiri).
Seperti yang saya maklumkan kepada media dalam Sidang Media Harian COV1D-19 hari ini (3 Julai 2020) bahawa Kerajaan Sabah tidak berbincang dengan Kerajaan Persekutuan tentang kebenaran masuk pekerja Ch1na.
Kerajaan Persekutuan masih tidak membenarkan warga asing masuk ke Malaysia kerana negara masih menutup pintu sempadan kepada warga asing.
Negara Ch1na merupakan negara berisiko tinggi jadi kita masih tidak benarkan warga Ch1na masuk ke Malaysia.”
Petang tadi tular tentang satu kesilapan tajuk oleh Berita Harian yang menimbulkan kekeliruan di kalangan orang ramai….
Posted by Ismail Sabri Yaakob on Friday, July 3, 2020
Sabah tak bincang Kerajaan Pusat kebenaran masuk pekerja Ch1na
KUALA LUMPUR: Sabah tidak pernah berbincang dengan Kerajaan Persekutuan berhubung keputusan membenarkan pekerja dari Ch1na masuk ke negeri itu.
“Apa dilakukan oleh (kerajaan) Sabah, saya percaya dilakukan sendiri dan tidak pernah dibincangkan dengan kerajaan Persekutuan,” kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media, hari ini.
Ismail Sabri berkata, di peringkat persekutuan, kerajaan masih menutup pintu negara kepada pekerja warga asing, kecuali ekspatriat kategori EP1 (pengurusan tertinggi) yang tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.
“Ch1na sebuah negara yang besar dan masih dianggap sebagai kawasan berisiko tinggi dan mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) masih berbincang mengenal pasti kawasan merah dan hijau di negara itu,” katanya.
Rabu lalu, Kerajaan Negeri Sabah dilaporkan membuat keputusan membenarkan pekerja asing dari Ch1na masuk ke negeri itu tertakluk kepada segala peraturan yang ditetapkan sepanjang PKPP termasuk melakukan ujian saringan COV1D-19 di tempat masing-masing dalam tempoh tiga hari sebelum masuk ke Sabah dan disahkan bebas daripada pandemik berkenaan.
Ditanya mengenai kebenaran mendirikan solat Jumaat bagi pelajar antarabangsa yang tinggal di kampus, Ismail Sabri berkata tiada halangan bagi mereka untuk mendirikan solat berjemaah bersama-sama pelajar tempatan.
“Mereka sudah lama berada di kampus dan kita tahu tiada kluster baharu membabitkan pelajar di dalam kampus, maka tiada isu jadi kita (kerajaan) benarkan mereka solat berjemaah.
“Bagaimanapun, hanya di masjid yang berada di dalam kampus universiti sahaja,” katanya.
Mengulas lanjut, kebenaran sama katanya, turut diberikan kepada mana-mana pelajar yang pulang dari luar negara dan didapati negatif COV1D-19 selepas menjalani ujian saringan.
Kebenaran mendirikan solat Jumaat dan solat berjemaah itu diumumkan minggu lalu dengan mengambil kira keluasan masjid serta perlu patuh SOP terutama penjarakan sosial.
Menyentuh mengenai persoalan sama ada mereka yang berusia 60 tahun dan ke atas tidak dibenarkan mengunjungi tempat awam dan pasar raya, beliau berkata tiada larangan sebaliknya tidak digalakkan memandangkan mereka adalah golongan berisiko.
“Kita (kerajaan) tidak pernah larang tetapi bagi golongan berisiko seperti warga emas dan kanak-kanak, kita nasihatkan agar elakkan tempat seumpama itu,” katanya.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: Trending Sangat
via Sinar Viral Network
0 Comments