“Abang tak perlu apa-apa dah lepas ni” – Suami ‘pergi’ betul-betul selepas rasmi motor idaman, isteri kongsi detik ‘dating terakhir’ – Viral | mStar

AJAL dan m4ut itu ketentuan Tuhan, dan seorang isteri sama sekali tidak menyangka suaminya pergi selama-lamanya selepas hajat insan tersayang itu dipenuhi.

“Kalaulah abang dapat motor ni, hidup abang dah sempurna sangat. Semua cukup. Dengan ada rumah selesa, isteri baik dan cantik. Tambah motor baharu senang pergi kerja. Abang tak perlu apa-apa dah lepas ni.”

Demikian kata-kata yang tersemat dalam ingatan Dalila Zolkofli yang berkongsi beberapa video menerusi Instastory, memaparkan detik-detik terakhir sebelum suaminya terbabit dalam kemal4ngan jalan raya pada Jumaat lalu.

Sebelum kejadian, Dalila yang merupakan petugas kesihatan di sebuah klinik di Kuantan, Pahang memandu kereta mengekori suaminya yang teruja ‘merasmikan’ motosikal yang baru dibeli.

Allahy4rham Ahmad Faizal menghembuskan nafas terakhir pada pvkul12.20 tengah hari Sabtu lalu. Foto Facebook Faizal Ghani

“Memang aku ikut rapat je. Aku risau. Tak tahu kenapa nak risau padahal bukan pertama kali dia bawa motor. Tapi entahlah.

Seriously sampai ada terdetik, kalau aku bawa kereta betul-betul belakang dia, selamat sikit sebab boleh jaga jarak dia dengan kereta lain. Sampai macam tu punya over thinking.

“Aku menyaksikan yang dia memang betul-betul bawa perlahan,” ujar Dalia menerusi rakaman Instastory sebelum tergamam menyaksikan suaminya terbaring berlumuran darah di atas jalan.

Antara Instastory yang dikongsikan Dalila di Facebook.

Menurut Dalila, suaminya, Ahmad Faizal Abd Gani men1nggal dunia akib4t keced3raan teruk di kepala selepas terbabit dalam kemal4ngan jalan raya.

Allahy4rham menghembuskan nafas terakhir di h0spital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di Kuantan pada pvkul12.20 tengah hari Sabtu lalu.

Kenangan… Dalila bersama Ahmad Faizal pada Aidilfitri lalu. Foto Facebook Dalila Zolkofli

Menerusi perkongsian di halaman Facebook pada Isnin, Dalila memberitahu bahawa dia menerima suratan takdir pem3rgian suaminya tanpa meletakkan keputusan arw4h untuk membeli motosikal baharu sebagai punca.

“Kemal4ngan jalan raya ni asbab kem@tian je. Memang dah tertulis masanya sampai sini je. Inilah masa terbaik untuk dia pergi. Tak pernah menyalahkan keputusan dia beli motor tu.

 

Kemal4ngan jalan raya ni asbab kem@tian je. Memang dah tertulis masanya sampai sini je. Inilah masa terbaik untuk dia pergi.

DALILA ZOLKOFLI

“Perancangan Allah tu lebih sempurna. Kita kena percaya dan reda. Doakan kekuatan dan kesabaran untuk saya dan keluarga, terutama mak ayah dan adik beradik lain.

“Ingat lagi hari Jumaat tu, kawan-kawan klinik ajak keluar lunch. Dengan bahagianya aku tolak ajakan ‘tak boleh ikut, kita nak dating hari ni’. Jadi inilah dating tu, sebab tu ‘ter’rakam semua benda.

“Sehari selepas arwah pergi, J&T call. Helmet baru arw4h baru sampai,” katanya.

Dalila dan Ahmad Faizal mendirikan rumah tangga pada 12 Disember 2019. Foto Facebook Dalila Zolkofli

Dalila yang turut bersyukur kerana diberi peluang mendirikan rumah tangga bersama Allahy4rham selama tujuh bulan sejak 12 Disember tahun lalu berkata, suaminya sempat menunaikan umrah pada Februari lalu.

“Alhamdulillah seminggu sebelum PKP (Perintah Kawalan Pergerakan). Ya, perjalanan hidup dia sangat tersusun indah. Al-Fatihah untuk arw4h,” katanya.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Mstar



via Sinar Viral Network

Post a Comment

0 Comments

loading...