Setiap individu mesti mempunyai haiwan peliharaan masing-masing tak kisah haiwan jenis apa sekalipun. Macam lelaki yang berasal dari Sukoharjo, Jawa Tengah, Indonesia ini dia memiliki ikan arowana emas yang dibelinya 4 tahun lepas.
Namun, dia pasrah apabila ayahnya bertindak menggoreng ikan yang dibelinya dengan harga Rp 800,000 (RM 241). Tapi itu harga pada 4 tahun yang lalu, sekarang harga ikan ini boleh mencecah sehingga Rp 2 juta (RM 600) seekor, lapor Tribun News.
Alasan ayahnya menggoreng ikan kesayangannya itu sebab ayahnya sudah tidak larat lagi untuk menjaganya, so ayahnya goreng je terus.
Dia jaga ikan ini dengan baik sewaktu di rumahnya sendiri tapi apabila dibawa ke rumah ayahnya malah berlaku sebaliknya.
Dia membawa ikan itu ke rumah ayahnya sebab akuarium di rumahnya bersaiz kecil jadi dia bawa ke rumah ayahnya kerana di sana ada akuarium yang bersaiz besar
“Dulu saya beli ikan arowana emas dengan harga Rp 800,000, itu sudah mahal. Kalau dijual balik boleh sampai Rp 2 juta”
Lelaki ini mendapat berita sedih daripada adiknya yang tinggal sekali bersama ayahnya dan dia pasrah ikan mahal kesayangannya itu sudah digoreng oleh ayahnya.
Dalam ahli keluarga tersebut, hanya ayahnya sorang je yang makan ikan arowana emas yang digorengnya tu lain semua tak makan.
Hmm… sedih weh kalau dah jadi macam ni.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Kredit: Lobak Merah
via Sinar Viral Network
0 Comments