Pernah Berada Di Puncak, Kini Pondok kecil syurga buat Tok Ki dan isteri

GOMBAK: Kepada sebilangan orang, makna kebahagiaan barangkali terletak pada kekayaan yang dimiliki.

Tinggal di kediaman besar, memandu kereta mewah dan menikm@ti gaya hidup sofistikated merupakan harga sebuah kepuasan kepada mereka.

Namun, bagi segelintir orang pula, dapat berteduh di sebuah pondok kecil sudah cukup membahagiakan mereka.

Sekalipun, berlindung di pondok kecil serba daif, itu bukan alasan kenapa artis terkenal, To’ki atau nama sebenarnya, Mohd Zaki Mansur tidak boleh mengecap kebahagiaan.

Sejak lebih setahun lalu, pondok kecil di pinggir hutan di Batu 12 Gombak, Selangor menjadi tempat berteduh buat penyanyi yang pernah mengecap populariti menerusi lagu Biasan dan Seni Berzaman itu.

Tidak pernah mengeluh, jauh sekali menyesali ketentuan takdir, To’ki, 53, yang setia ditemani isteri tercinta, Sharifah Fairuz Syed Yusof, 48, bersyukur kerana masih memiliki tempat berlindung.

“Saya bina pondok ni sejak tiga tahun lalu lagi sebenarnya (tetapi) duduk sini dalam setahun lebih.

“Walaupun nampak macam ini (serba kekurangan) tetapi saya damai bersama isteri,” kata To’ki berkongsi cerita mengenai fasa hidup yang sedang dilaluinya.

Meninjau ‘kediaman’ To’ki pada Isnin, krew Astro AWANI turut berkesempatan mendasari emosi seniman berjiwa besar ini.

Kata To’ki, biar apa sekalipun persepsi masyarakat terhadap kehidupan serba kekurangannya, namun,

teratak kecil ini baginya saling tidak ubuah sebuah ‘syurga’ buat dia dan isteri.

Pondok kecil yang melindungi mereka berdua daripada panas dan hujan memiliki makna yang sentim3ntal buat To’ki kerana ia adalah hasil kerja tangannya sendiri.

Bukan sekadar menjadi tempat berlindung, pondok serba daif ini juga, kata To’ki menjadi ruang mencari ilham dalam berkarya.

Sekalipun menyedari iklim industri muzik tanah air tidak begitu memberangsangkan, namun, aspirasi To’ki dalam berkarya tidak pernah pudar

Dia berikrar untuk kembali bangkit memperkasakan namanya walapun harus berhadapan engan cabaran.

Berkarya menerusi nota-nota muzik dan bait-bait lirik satu-satunya kerja yang mampu dilakukan To’ki dan kini punca pendapatannya sangat terbatas.

“Sekarang ini pendapatan saya berg4ntung kepada jemputan menyanyi di restoran atau majlis-majlis kecil sahaja,” ujarnya.

Sebetulnya, To’ki tidak begitu gemar untuk terlalu terbuka bercerita mengenai kesulitan hidup yang dilaluinya kerana enggan orang ramai berprasangka.

Sebaliknya, dia lebih senang berkongsi idea dan hasratnya untuk kembali ke industri muzik tanah air untuk memperbaiki taraf kehidupannya itu.

Namun begitu, To’ki mengakui kediaman yang diduduki itu sangat tidak sempurna dan perlu ditambah baik,

Tetapi, tegasnya, apa kudrat yang ada padanya memandangkan untuk mengubahsuai pondok itu memerlukan kos dan semua itu tidak berada dalam radar kemampuannya.

Percaya atau tidak, bekalan air harus diangkut sendiri oleh To’ki dari sungai berdekatan.

Bahkan, untuk menyelesaikan ‘hajat’ juga terpaksa ke sungai memandangkan pondok kediaman itu tidak memiliki tandas.

“Nak buat macam mana ini sahaja yang termampu,” luah To’ki dalam nada suara yang lemah.

Sudahlah diuji dengan kehidupan serba sulit, dugaan tambah berganda buat To’ki apabila pergerakan isterinya terbatas kerana mengalami patah tulang pinggul akib4t kemal4ngan yang dialaminya 10 Jun lalu.

“Paling sukar bila tiap kali nak turun atau naik sebab (tanah) curam. Kalau saya naik kerusi roda sekurang-kurangnya perlu tiga orang (untuk bantu) tolak.

“Memang sukar keadaan masa ini, namun saya dan To’ki terima nasib kami. Saya kena sesuaikan diri saya. Itu sahaja yang kami mampu,” celah Sharifah Fairuz pula.

Tambah To’ki, sekiranya ada rezeki, dia mahu mengusahakan pemasangan paip bagi membolehkan bekalan air dipam dari sungai berdekatan ke kediamannya bagi memudahkan urusan kehidupan harian.

“Kalau ada bajet saya nak tarik (pam) air dari sungai ke sini (kediaman) selain tangki air dan tandas, selagi tidak ada semua itu, kami terpaksa turun (ke sungai),” kata To’ki menyuarakan keinginanya

Pernah Mengaku Tak Mampu Beli Beras

“Kalau ada mana-mana persatuan nak bantu, jangan bagi token (saguhati), bantu betul-betul, beri saya beras supaya dapat sekeluarga makan,” katanya di Kuala Lumpur hari ini.

Menurut penyanyi yang memiliki nama sebenar Mohd Zaki Mansor itu, dia berdepan dengan dug4an hidup sejak tiga tahun lalu apabila studionya dimasuki per0mpak.

Ekoran pencerob0han itu, semua peralatan muziknya hilang, termasuk gitar kesayangannya.

Namun kata To’ki, bukan soal kerugian wang ringgit menjadi isu paling utama, tetapi lebih kepada nilai sentim3ntal barang dalam studio seperti trofi Komposer Terbaik Asia 1999 yang pernah dimenanginya melalui lagu Zikir Kasih dendangan Amir Ukays.

“Saya tidak malu mengaku yang saya tak punya wang untuk beli beras. Ada ketikanya saya meminjam daripada rakan, dan mungkin sebab itulah saya did@kwa mengemis,” katanya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Astro Awani/Trending Sangat



via Sinar Viral Network

Post a Comment

0 Comments

loading...