AGAK menyepi daripada dunia lakonan selepas mendirikan rumah tangga Disember tahun lalu, pelakon Farah Nabilah mengumumkan kini hamiI lima bulan.
Farah atau nama sebenarnya Farah Nabilah Saipuddin, 28, dan suaminya iaitu Mohammed Amirul Yunus meluahkan rasa syukur dan teruja menantikan kelahiran bayi sulung mereka.
Farah dan suami teruja nak menyambut kelahiran anak pertama mereka.
“Ahamdulillah, perasaan saya dan suami sudah tentu berasa sangat gembira dan teruja nak menyambut kelahiran anak pertama kami.
“Saya dan suami tidak meletakkan harapan untuk dikurniakan anak lelaki atau perempuan. Bagi saya, asalkan bayi saya dalam keadaan sihat.
“Apa yang penting sekarang, saya harap peminat dapat mendoakan agar segala urusan dipermudahkan. Itu saja,” kata Farah kepada mStar.
Alhamdulillah, sekarang dah okey. Bab mengidam, semua makanan saya teringin nak makan. FARAH NABILAH PELAKON
Terdahulu Farah berkongsi berita gembira tersebut menerusi laman Instagram miliknya pada Rabu.
Ruang komen di perkongsian tersebut dipenuhi dengan ucapan tahniah dan mendoakan agar Farah berada dalam keadaan sihat.
Dalam pada itu, berkongsi pengalaman awal trismester pertama, Farah berkata, dia tidak mengalami alahan yang tervk.
Farah dan suami berkahwin pada Disember tahun lalu.
“Buat masa sekarang, saya tidak mengalami alahan yang tervk. Tapi masa trimester pertama, saya rasa geli dan tak boleh makan ayam pun.
“Alhamdulillah, sekarang dah okey. Bab mengidam, semua makanan saya teringin nak makan. Waktu PKP, saya pernah menang1s sebab tak dapat apa yang saya mengidam,” ujarnya.
Farah dan suaminya yang juga seorang juruterbang sebuah syarikat penerbangan terkenal berkahwin pada 20 Disember tahun lalu.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: Mstar
via Sinar Viral Network
0 Comments