Setiap pasangan pasti mempunyai perjalanan kehidupan mereka apatah lagi bagi yang susah dan senang bersama tentunya membuatkan mereka menangis jika mengenang kembali. Manakan tak, dalam perkahwinan tidak dapat lari daripada masalah namun setelah dapat mengharungi pelbagai cabaran bersama tentunya ia sangat istimewa.
Pasangan usahawan Hafiz Mahamad dan Syafiqah Aina ini sekali lagi menjadi perhatian dan bualan hangat warganet apabila melihat usaha se0rang suami yang cuba membuat kejutan sempena hari jadi isterinya.
“Isteriku, ini untuk awak…”
Sebelum ini, pasangan ini sudah terkenal dengan pelbagai kejutan terhadap diri masing-masing sekali gus membuatkan mereka menjadi inspirasi buat pasangan diluar sana untuk sentiasa membahagiakan pasangan.
Walau bagaimanapun, perkongsian kali ini turut membuatkan warganet terharu dan mengatakan betapa bertuahnya isteri apabila Hafiz Mahamad merancang dan melakukan persiapan sempena ulang tahun kelahiran Syafiqah Aina selama hampir sebulan.
Suami surprise birthday buat Syafiqah Aina nangis
Dia mempersiapkan dari segi penampilan dan ternyata hadiah yang diberi buat isterinya sangat bermakna sehingga kedua-duanya juga menangis.
“Bukan senang untuk plan semua ni, sebab Aina tak berapa happy sangat kalau saya hadiahkan barang. Saya kenal dia. So kita bagi dia effort.”
Dalam pada masa yang sama, isterinya menerusi Instagram turut berkongsikan saat-saat bahagia mereka bersama ketika itu.
Perkongsian surprise birthday suami buat Syafiqah Aina mendapat pelbagai reaksi warganet yang turut tumpang gembira melihat kebahagian pasangan ini.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: IG / HCL
via Sinar Viral Network
0 Comments