“Dengan Berat Hati..” – Raja Ilya Terpaksa Berputih Mata

KUALA LUMPUR: Atas faktor jadual penerbangan terawal dari Perth, Australia ke Kuala Lumpur, bermula Jumaat ini, Raja Ilya terpaksa melupakan hasrat membintangi drama Juliet biarpun beberapa babak yang dilakonkan bersama artis lain sudah siap, Februari lalu.

Raja Ilya terpaksa berputih mata kerana syarikat produksi, Zeel Production sudah menyambung penggambaran.

Syarikat produksi tidak sanggup mengambil ris1iko menanti Raja Ilya pulang, apatah lagi kedua-dua negara masih menguatkuasakan peraturan ketat mengekang penularan COV1ID-19.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Ingat senang ke nak tiru ala ala Kyle Jenner pulakkk🤭 Ilya ingatkan senang nak ada Bodygoals dan posing cantik-cantik 🍑 Rupanya effort tu kena double. Sama jugak macam effort nak kena jaga body untuk nampak cantik every angle. Nak jaga perut, nak jaga lemak, nak sentiasa nampak kurus dan vogue, memang susah. Tapi dengan Coco Hotz memang effortless sangat. . Ilya share journey Ilya sepanjang 6 months minum Coco Hotz. Pagi after breakfast, terus minum Coco Hotz. Ilya rasa kenyang sampai ke petang. So, tengah hari Ilya boleh makan apa-apa saja tapi makan dalam kuantiti sikit dan boleh control selera makan Ilya. So in long term diet, Ilya boleh sustain untuk turun berat secara consistent sampai sekarang ni🤗🤗 Boleh dapatkan Coco Hotz di⤵️ . 📲+60172663078 IG: @bodydream.official 📲+60172663078 IG: @bodydream.official 📲+60172663078 IG: @bodydream.official . #Coveid #legacysarraashley #successbeyonddreams #bodydreamcocos #bodydreamkanada #bodydreamtestimoni #BodydreamCocoslimming WanitaHariIni #TV3 #WHI #bodydreamraya

A post shared by Raja Ilya (@rajailya) on

“Disebabkan penerbangan awal dari Perth ke Kuala Lumpur hanya bermula Jumaat ini, sedangkan penggambaran perlu disambung selepas mendapat komitmen artis lain, saya terpaksa buat keputusan.

“Maafkan saya kerana tidak dapat mengawal perkara ini. Saya juga tidak mahu menyusahkan syarikat produksi.

“Dengan berat hati saya terpaksa melepaskan komitmen berlakon dalam drama Juliet biarpun beberapa babak membabitkan saya dan artis lain yang dirakamkan di Uzbekistan, sudah siap,” katanya kepada BH Online.

Raja Ilya yang berkahwin dengan rakyat Australia, Trent Garret, kini menetap di Perth dan tidak pulang ke Malaysia sejak penularan COV1ID-19.

Raja Ilya berkata, awal Febuari lalu, dia, Rozita Che Wan dan Shah Iskandar menyudahkan kira-kira 20 peratus penggambaran drama Juliet di Uzbekistan.

“Sebelum ini, produksi beritahu mahu menyudahkan babak yang tidak membabitkan saya. Penggambaran sepatutnya bersambung awal Mac lalu.

“Namun, atas beberapa sebab, penggambaran ditangguhkan hingga Malaysia mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu.

“Saya sudah membuat persiapan awal termasuk membeli tiket penerbangan pulang ketika itu,” katanya.

Sementara itu, penerbit drama Juliet, Fadzil Teh yang juga pemilik Zeel Production berkata, dia belum memutuskan pelakon bakal menggantikan Raja Ilya memegang watak Mina, biarpun tidak menolak menawarkannya kepada Haliza Misbun.

“Babak yang dilakonkan Raja Ilya tidak akan dibuang, kita cuma tukar pelakonnya. Ini akan jadi lebih menarik kerana kita ganti pelakon lain.

“Apa yang dibuat tidak akan mencacatkan jalan cerita,” katanya yang buat kali pertama menyerahkan tugas pengarahan kepada Datuk Ahmad Tarmimi Siregar.

Drama Juliet sebanyak 26 episod diterbitkan untuk slot Widuri di TV1 Selain Rozita dan Shah Iskandar, drama ini menampilkan Redza Rosli dan Rita Nadira sebagai teraju utama.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Until tomorrow

A post shared by Raja Ilya (@rajailya) on

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : BH



via Sinar Viral Network

Post a Comment

0 Comments

loading...