Dia ialah wanita dan isteri paling berbeza dalam arena bola sepak antarabangsa ketika ini. Tidak menjinjit beg tangan mewah jauh sekali berpakaian persis supermodel, penampilan unik Magi Sadeq pastinya mencuri tumpuan peminat bola sepak di seluruh dunia. Apatah lagi dengan status isteri Mohamed Salah iaitu pemenang Premier League Golden Boot 2017/2018, pasti ramai yang beranggapan penampilan Magi dari hujung rambut ke hujung kaki ‘dibaluti’ dengan pakaian dan aksesori daripada jenama mewah. Hakikatnya, wanita kelahiran Mesir ini enggan memakai perhiasan mewah jauh dan tidak mengenakan solekan tebal!
Meniti usia 26 tahun, Magi Sadeq dilihat selesa dengan penampilan serba sederhana meskipun suaminya terkenal dan kaya-raya. Kalau dihitung nilai kekayaan suami tercinta, dia mampu membeli apa sahaja yang dimiliki isteri pemain bola sepak lain. Namun Magi setia mengamalkan ciri seorang wanita Islam dengan berpakaian longgar dan sopan berhijab.
Disebabkan pemakaian konservatif Magi, terdapat beberapa tabloid antarabangsa yang mengkr1itik penampilan ibu muda tersebut. Pun begitu, Magi tetap teguh dengan ajaran Islam dan mengelak dari perhatian khalayak serta tidak aktif dengan media sosial.
Magi Sadeq dibesarkan di Nagrig iaitu sebuah perkampungan Gharbia di Mesir. Tempat yang sama Salah dilahirkan. Dia mempunyai kembar perempuan bernama Mohab dan dua lagi adik perempuan, Mahy dan Miram. Ibu bapa Magi merupakan guru di Mohammed Eyad Al Tantawi School, tempat di mana pasangan selebriti ini pertama kali bertemu. Magi juga bukan sebarangan wanita kerana dia turut memiliki pendidikan dalam Ijazah Sarjana Muda Perdagangan di Alexandria University, Mesir.
Sebelum ini timbul desas-desus bahawa isteri Salah ialah graduan ijazah bioteknologi. Kekeliruan tersebut timbul ekoran akaun Instagram palsu yang dibuat menggunakan namanya hingga mencetuskan pelbagai tanda tanya. Disebabkan khabar angin yang tersebar luas itu, kebanyakan media antarabangsa melaporkan Magi bertugas dalam bidang bioteknologi.
Magi juga merupakan seorang aktivis yang sering membantu golongan wanita di kampungnya dengan membiayai perkahwinan mereka selain memberi sumbangan kepada keluarga kurang bernasib baik. Setiap kali Ramadan, pasangan ini akan pulang ke kampung halaman mereka dan menderma kepada penduduk kampung.
Mereka membeli peralatan rumah dan bekalan keperluan lain khususnya untuk diberikan kepada pasangan yang baru berkahwin di kampung berkenaan. Walau sudah terkenal, Magi dan Salah tidak menolak pelawaan untuk menghadiri acara kebajikan yang dianjurkan penduduk kampung. Memang betul-betul low profile!
Inilah dia wanita yang menjadi sumber kekuatan dan tulang belakang kepada kejayaan Salah hari ini. Tanpa dirinya, pemain dari Mesir tersebut tidak akan pernah menjadi sehebat seperti sekarang. Salah yang memulakan kerjaya profesional sebagai pemain bola sepak pada tahun 2010 kemudian memutuskan untuk berkahwin dengan wanita idaman, Magi pada tanggal 17 Disember 2013 di Nagrig, Mesir.
Pada tahun berikutnya, Magi selamat melahirkan bayi perempuan di Westminster h0spital, London dan menamakan anak mereka Makka… simbolik kepada nama kota suci umat Islam iaitu Mekah.
Selain wajah cantik dan penampilan yang disifatkan ‘berbeza’ daripada isteri pemain bola sepak bertaraf dunia, Magi seorang wanita tidak gemar berada dalam dunia glamor.
Bayangkan, setelah sedekad Salah berkecimpung dalam pentas bola sepak… hanya empat kali sahaja kelibat Magi muncul di sisi suami tercinta di depan khalayak.
Walaupun populariti Salah kian memuncak dan terkenal namun cinta lelaki Mesir yang berpegang kuat kepada agama Islam ini tetap mencintai ratu hatinya, Magi. Mereka disifatkan penduduk kampung sebagai individu yang baik, beriman, suka bersedekah dan penyayang.
Sumber: Soccer Stories & Sport Mob / applehijau.bbn.my
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber:
via Sinar Viral Network
0 Comments