Lucu, Lelaki Ini 'Layan' Mesej Scammer Selepas Terima SMS Dakwa Beliau Menang Wang RM45 Ribu

Korang mesti pernah dengarkan isu mengenai mangsa penipuan scammer yang kerugian ribuan ringgit dan kes-kes sebegini memang kerap dilaporkan oleh media. Walau pendedahan demi pendedahan telah dibuat, namun ramai juga sebenarnya yang masih terperangkap dengan umpan yang sama.
Sama ada mereka ini tidak peka dengan pendedahan yang dibuat ataupun mudah gelap mata dengan tawaran yang dibuat, hanya mereka yang terpedaya sajalah yang tahu perkara sebenar.
Tapi apa yang ingin kami kongsikan dengan anda kali ini adalah cara seorang perbualan seorang lelaki yang dihubungi oleh scammer yang agak menarik, dan pada masa yang sama, ia kelakar.
Ujar individu yang dikenali sebagai estrelle yang berkongsi kisah tersebut di laman popular, Forum, scammer itu sebenarnya cuba menipu rakan baiknya. Setelah menyedari bahawa dia dihubungi oleh scammer, rakan baik kepada estrelle kemudian bertindak 'melayan' perbualan scammer tersebut kerana ingin mengetahui modus operandi yang diguna pakai oleh pihak tersebut.
Pada mulanya, rakannya itu telah menerima satu kiriman melalui aplikasi Whatsapp oleh individu tidak dikenali yang mendakwa mewakili syarikat telekomunikasi terkemuka negara yang mengatakan dia telah memenangi cabutan bertuah dengan hadiah wang tunai bernilai RM 45 ribu.
Dia kemudiannya berpura-pura 'terjerat' dengan tawaran tersebut lalu membalas pesanan individu tidak dikenali itu yang kemudiannya perbualan tersebut menjadi semakin lucu.
''Saya menang..Macam mana mahu ambil duit? Maxis office, cek macam mana mahu ambil. Saya mahu RM 45 ribu, banyak duit tu,'' kata rakannya.
''Encik ada guna account bank?'' balas individu tidak dikenali itu.
Rakannya kemudian memaklumkan memiliki akaun bank daripada Maybank.
''Encik guna Maybank ada pakai dekat ATM,'' tanya scammer 
''Ada. Kenapa boss,'' balas rakannya.
Scammer itu kemudian bertanya mengenai jumlah baki yang dimiliki di dalam akaun. Setelah mengetahui jumlah baki tersebut, scammer itu kemudian meminta rakannya menghantar gambar belakang kad ATM bagi memudahkan urusan pemindahan wang cabutan bertuah tersebut.
Perbualan itu terus berlangsung sehingga scammer itu kemudian bertanya kepada rakannya sama ada menerima satu pesanan melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) yang mengandungi nombor Kod Pengesahan Transaksi (TAC) yang dihantar oleh Maybank.
Namun yang lucunya, rakan kepada estrelle memberitahu bahawa dia tidak boleh berkongsi nombor yang dihantar kerana dipesan supaya tidak berbuat sedemikian melalui SMS sama yang diterima.
''Ada terima SMS daripada Hotlink App? Mesej biasa dekat peti mesej. Dalam mesej ada TAC 6 angka,''
''SMS ke? Ada.''
''Berapa nombor TAC?''
''SMS cakap jangan beritahu sesiapa. Saya tak boleh beritahu,''
Scammer itu kemudian berdalih dengan memberitahu bahawa dia dibenarkan untuk berkongsi nombor tersebut dengannya kerana dia mewakili syarikat telekomunikasi tersebut.
Rakannya kemudian bertindak berkongsi satu nombor namun bukanlah daripada SMS yang diterima, sebaliknya nombor yang berbeza.
Scammer itu kemudian tidak lagi memberi respon kepada perbualan tersebut.
Estrelle juga turut berkongsi beberapa butiran mengenai scammer tersebut yang berjaya dijejaki olehnya.

Post a Comment

0 Comments

loading...