Mulai tahun 2019, semua pelancong yang ingin meninggalkan Jepun akan dikenakan bayaran 'Sayonara' sebanyak 1,000 yen.
Rang Undang-undang yang digubal pada 11 April lalu telah memperkenalkan cukai berlepas kepada para pelancong mulai tahun hadapan.
Cukai itu dijadualkan bermula pada 7 Jan 2019 dan dipakai untuk kedua-dua pelancong Jepun dan pelancong asing yang ingin meninggalkan negara itu menerusi pesawat atau kapal.
Dibawah undang-undang yang telah disahkan, kanak-kanak berusia bawah dua tahun dan pelancong yang meninggalkan Jepun dalam masa 24 jam tidak akan dikenakan sebarang caj.
Cukai ini dilaksanakan untuk memanfaat beberapa sektor di negara itu serta berhasrat untuk menggunakan hasil cukai tambahan tersebut bagi meningkatkan infrastruktur pelancongan dan mempromosikan destinasi pelancongan di luar bandar Jepun, serta membiayai kempen pelancongan global.
Kerajaan juga merancang untuk mendapatkan pengendali pengangkutan awam untuk mengembangkan perkhidmatan Internet tanpa wayar percuma serta melancarkan sistem pembayaran elektronik.
Tokyo menganggarkan hasil dapatan cukai tersebut antara bulan Januari hingga Mac tahun depan adalah sebanyak 6 billion yen dan merancang untuk memperuntukkan sebahagiannya kepada pemasangan pintu yang dilengkapi pengiktirafan muka.
Jepun telah menikmati lonjakan jumlah bilangan pelancong masuk yang sedikit-sebanyak telah membantu meningkatkan ekonomi ketiga terbesar di dunia beberapa tahun kebelakangan ini.
Negara itu mencatat 28.69 juta pelancong pada 2017, naik 19.3% daripada tahun sebelumnya dan mencerminkan peningkatan tahunan keenam berturut-turut.
Perdana Menteri Shinzo Abe berhasrat meningkatkan angka itu menjadi 40 juta menjelang 2020, apabila Tokyo menjadi tuan rumah Olimpiade Musim Panas dan Paralimpiade Musim Panas, dan hingga 60 juta pada tahun 2030.
Menurut Pertubuhan Pelancongan Kebangsaan Jepun (JNTO), pelacong dari Singapura membuat 400,000 perjalanan ke Jepun pada tahun lepas, menyumbang hampir 1.4% daripada jumlah perjalanan yang dibuat oleh pelancong asing lain. China dan Korea Selatan adalah sumber kedua pelancongan Jepun, masing-masing menyumbang sekitar 25% daripada jumlah kunjungan tahun lepas.
Di Jepun, Kerajaan Metropolitan Tokyo dan Kerajaan Prefektru Osaka mengenakan cukai peningapan sebanyak 100 hingga 300 yen setiap orang setiap malam untuk membiayai promosi pelancongan tempatan dan langkah-langkah lain.
Siakapkeli.my
Sumber: The Straits Times Asia
0 Comments