Foto-foto yang dimuat naik oleh sekumpulan mahasiswi di Sichuan University telah menarik perhatian netter China. Foto "fashion show" mereka dipuji kerana sangat unik, kreatif dan simple.
Empat mahasiswi tahun kedua yang mengkreasikannya mengaku bahawa mereka bekerjasama dan merancang "fashion show" tersebut dengan peralatan yang memang mudah. Mereka menggunakan kertas, pensil, gunting dan pemandangan kampus mereka.
Rupanya, keempat mahasiswi tersebut diilhamkan oleh karya visual dari artis shamekhbluwi. Seperti yang boleh dilihat, rancangan pakaian yang dibuat memang bergantung pemandangan di mana foto diambil sehingga sangat unik. "Idea yang sangat bagus!" kata seorang netter. "China tidak pernah kehabisan perkar-perkara seperti ini."
Namun ada pula netter yang memberi komen pedas atas ciptaan mereka. "Orang asing sudah pernah melakukan ini dan sudah dihantar online. Bagaimana kalian mengatakan ini kreatif?" katanya.
0 Comments