'Wira Penyelamat' Meninggal Dunia


Selepas bertarung nyawa hampir 4 hari di unit rawatan rapi Hospital Temerloh, Abu Zarin Hussin atau lebih dikenali sebagai 'wira penyelamat' akhirnya menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 12.45 pagi sebentar tadi.

Allahyarham yang merupakan anggota pasukan Bomba Dan Penyelamat Malaysia meninggal dunia selepas kritikal akibat dipatuk ular tedung selar yang baru ditangkap oleh beliau kira-kira 4 hari lalu.

Sebelum ini beliau dilaporkan telah sedarkan diri daripada koma dan terpaksa menjalani beberapa pembedahan di tangan kanannya yang dipatuk ular.


Kemaskini dari rakan Allahyarham

Abu Zarin yang berkhidmat di Balai Bomba Temerloh merupakan salah seorang anggota yang pakar dalam menangkap reptilia merbahaya tersebut.

Beliau amat dikenali sebelum ini kerana gelagatnya mengendalikan reptilia berbisa itu selain pernah menyertai rancangan Asia's got Talent di mana Allahyarham berjaya sampai ke peringkat suku akhir.

Semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang-orang beriman - Siakapkeli.my

Post a Comment

0 Comments

loading...