PETRONAS Dynamic Diesel Euro 5 Dengan Pro-Drive Kinek Tok Udah Ada Di Sarawak


Pengeluar minyak negara PETRONAS kini telah mengembangkan pasaran produk bahan api PETRONAS Dynamic Diesel Euro 5 dengan Pro-Drive mereka ke negeri Sarawak.

Diesel generasi baharu yang bebas sulfur ini ada Bintulu dan Miri sebelum berkembang ke kawasan lain di Sarawak dimana ia mula dilancarkan di Semenanjung Malaysia pada bulan November tahun lalu.

PETRONAS Dynamic Diesel Euro 5 dengan Pro-Drive terbukti menjadikan pemanduan kenderaan diesel lebih lancar dengan penjimatan penggunaan bahan api yang lebih jimat selain pelepasan asap yang lebih bersih.

Prestasi hebat ini telah dicapai melalui teknologi Pro-Drive yang berasaskan bahan diesel berkualiti tinggi dari loji penapisan PETRONAS sendiri dan formula kimia unik yang direka untuk enjin“common-rail” diesel sekarang.


Pelancaran PETRONAS Dynamic Diesel Euro 5 dengan Pro-Drive di Sarawak inidirasmikan oleh Menteri Utiliti Sarawak, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom di mana beliau menyatakan Sarawak amat mengalu-ngalukan diesel bebas sulfur ini memandangkan sebahagian besar penduduk Bumi Kenyalang itu bergantung kepada diesel.

"Ini akan memberi jaminan kepada pemandu bahawa bukan sahaja mereka memandu bahan api yang bersih, tetapi juga yang lebih kuat, memberikan mereka perjalanan yang lancar dan lebih lama," katanya.

Teknologi hebat ini adalah hasil kolaborasi syarikat petroleum negara ini dengan IVECO, iaitu sebuah jenama kenderaan berat dari Itali, hasil gabungan kedua-dua syarikat gergasi ini di dalam pasukan rali dunia PETRONAS De Rooy Iveco yang bertanding di dalam perlumbaan Dakar Rally, mereka telah menarih kemengan pada tahun 2016 sekaligus membuktikan teknologi dari PETRONAS Dynamic Diesel Euro 5 dengan Pro-Drive ternyata amat berkuasa.


Kini, bahan api PETRONAS Dynamic Diesel Euro 5 dengan formulasi Pro-Drive boleh didapati di 9 buah stesen PETRONAS di Bintulu dan Miri bermula dari hujung bulan Mac ini.

“Kami sedang melihat untuk mengembangkan lagi rangkaian stesen PETRONAS dengan diesel baharu ini kepada lebih daripada 20 stesen minyak di Sarawak sebelum hujung tahun 2018,” jelas Datuk Seri Hj Syed Zainal Abidin Bin Syed Mohd Tahir yang merupakan Timbalan Presiden Pemasaran Hiliran PETRONAS.

Menurut beliau lagi, permintaan terhadap PETRONAS Dynamic Diesel Euro 5 akan bertambah dengan pesat selepas pelbagai projek mega termasuk Lebuhraya Pan Borneo siap sepenuhnya nanti.

Berdasarkan ujian makmal, terbukti PETRONASDynamic Diesel Euro 5 dengan Pro-Drive ini berjaya membersihkan kekotoran dan melindungi penyuntik bahan api enjin diesel yang sekaligus memastikan kecekapan enjin beroperasi dalam keadaan paling optimum.

Perbandingan yang dilakukan dengan bahan api jenama lain di dalam pasaran keputusan menunjukkan bahawa PETRONAS Bynamic Diesel Euro 5 dengan Pro-Drive merekodkan kadar cetane yang lebih tinggi.

Dengan kadar cetane yang tinggi ia akan memudahkan pembakaran menjadi lebih baik, lancar dan pelepasan asap yang lebih bersih dan bunyi yang lebih rendah.

PETRONAS Dynamic Diesel Euro 5 dengan Pro-Drive juga mempunyai nilai pemanasan yang lebih tinggi, menunjukkan lebih banyak tenaga bagi setiap bahan api kilogram untuk memberikan ekonomi bahan api yang lebih baik.

Secara keseluruhannya, PETRONAS Dynamic Diesel Euro 5 yang lebih baik dengan Pro-Drive berjanji untuk memberikan tiga manfaat utama untuk kenderaan diesel:

• Bersih: Membersihkan dan melindungi komponen enjin diesel kritikal untuk memanjangkan hayat enjin
• Efisyen: Meningkatkan pembakaran, mengoptimumkan prestasi enjin dan penjimatan penggunaan bahan api yang lebih ketara.
• Lancar: Melancarkan pergerakan komponen di dalam enjin diesel, bermakna enjin lebih mudah dihidupkan, gegeran terasa kurang dan pemanduan lebih selesa.


Dengan penambahan 9 stesen minyak di Sarawak ini, PETRONAS Dynamic Diesel Euro 5 dengan Pro-Drive kini boleh didapati di 68 Stesen PETRONAS terpilih termasuk Semenanjung Malaysia.

Untuk maklumat lanjut tentang bahan api dan dan senarai-senarai terbaru stesen minyak yang mempunyai PETRONAS Dynamic Diesel Euro 5 ini anda boleh layari laman www.dynamicdiesel.my.

Post a Comment

0 Comments

loading...