Monyet Ditangkap Dan Dikurung Penduduk Kampung, Malaysia Animal Association Dedah Puluhan Ekor Daripadanya Mati Akibat Kebuluran


Diakui perkembangan bilangan rakyat Malaysia yang semakin bertambah membuatkan banyak kawasan baru atau hutan diteroka untuk dibina penempatan, makan akan berlakulah pertembungan antara manusia dengan haiwan liar terutamanya monyet.

Menjadi kebiasaan monyet akan berkeliaran mencari makanan sehingga memasuki kawasan kampung yang dahulunya adalah habitat asal mereka, maka terpaksalah manusia menangkap monyet berkenaan untuk mengelakkan kediaman mereka terus dicerobohi.

Namun, apa yang menyedihkan berlaku, pendedahan dilakukan oleh pihak Malaysia Animal Association tentang apa yang berlaku di Kota Tinggi, Johor.

Persatuan pencinta haiwan ini mendakwa penduduk di sebuah tanah rancangan Felda di kawasan ini telah menangkap monyet liar dan dikurung, tetapi apa yang menyedihkan mereka mendakwa haiwan-haiwan itu kebanyakkan mati kelaparan dan kebuluran dalam kurungan kerana tiada penjagaan.

Jom kita baca perkongsian mereka.


Kemanakah kera dan monyet boleh menetap? Nak tinggal di hutan. Hutan diceroboh dengan rakus. Nak tinggal di bandar. Penduduk bandar marah dengan aksi kacau ganggu. Nak kekampung-kampung. Pengakhirannya seperti yang dapat dilihat apa nasib yang menimpa monyet-monyet di Felda Bukit Easter, Kota Tinggi Johor.

Penduduk Felda ***** ******, Kota Tinggi Johor mengambil langkah bersendiri tanpa melibatkan Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia dalam melakukan kerja-kerja memerangkap monyet. Animal Malaysia dimaklumkan berpuluh ekor monyet mati akibat pengabaian oleh penduduk felda yang melakukan kerja memerangkap.

Kebajikan dari segi makanan, minuman dan keselamatan monyet tidak diambil berat sepanjang tempoh monyet berada dalam kurungan mengakibatkan kematian puluhan ekor monyet akibat kelaparan dan kebuluran.



Tidakkah ini satu tindakan kejam? Animal Malaysia telah mendapatkan penjelasan daripada Ibu Pejabat PERHILITAN di Kuala Lumpur dan maklum balas yang diterima ialah perbuatan ini dilakukan oleh penduduk Felda tanpa penglibatan PERHILITAN.

Pelaku harus dihukum dan Akta Perlindungan Hidupan Liar 2010 wajib diguna pakai terhadap pesalah yang menyebabkan kematian monyet dengan sengaja. 

- Siakapkeli.my

Post a Comment

0 Comments

loading...