Lambat Membaca Dan Mengira, Kini Anak Autisme Ini Pemegang Diploma Dalam Bidang Kejuruteraan

17 Mac - Bukan untuk sepasang suami isteri untuk menjaga anak-anak yang Autisme. Pelbagai rintangan dan dugaan yang terpaksa ditempuhi untuk memastikan anak mereka dibesarkan dengan baik.
Tidak mustahil untuk anak-anak Autisme ini berjaya dari segi akademik dan malah sudah ramai mebuktikan bahawa mereka mampu bersaing dengan anak-anak yang lain.
Seperti apa yang diceritakan oleh seorang ibu yang telah berjaya membesarkan anaknya yang Autisme dan kini sudah berjaya menamatkan pelajaran di Politeknik Port Dickson dalam jurusan Diploma Kejuruteraan Mekatronik.
Ibunya yang bernama Norazimah Nordin berkongsi tentang anak lelakinya, Saifullah yang dibesarkan dengan pelbagai dugaan yang ditempuhi sebelum berjaya menamatkan pelajaran di peringkat Diploma.
Jom ikuti kisah Puan Norazimah. Semoga bermanfaat.

Alhamdulillah.. my special son Saifullah.. berjaya grad dari politeknik port dickson...mendapat. Diploma Mechatronics Engineering.. Walaupun dia kena sambung satu semester lagi.. takpe lah.. janji dia usaha untuk habiskan pengajian dia.. Abah dan maknya ni rasa lega sangat dah..

Saifullah.. seorang anak yg pada mulanya di diagnose as mild autistic child.. kerana kepayahannya memahami arahan.. taknak bergaul dan berkawan... susah nak eye contact .. bercakap pada umur 6 tahun.. sering mendapat zero dlm pelajaran bahasa malaysia dan english.. kerana tidak faham soalan exam darjah 1 nya.. 

dlm matematik.. dia tidak boleh langsung bhgn soalan penyelesaian masalah.. kami sedih sangat masa tu.. pada mulanya nak masukkan dia ke kelas pendidikan khas.. tetapi sekolah tu agak jauh dari rumah.. so.. kami teruskan di kelas perdana.. 
alhamdulillah.. dapat beberapa org guru yg amat prihatin dgn keadaan saiful.. bermula lah perjalanan pembelajaran saiful sedikit2.. perlahan2.. dari zero.. ke markah yg merah2... dan kemudian keputusan UPSR dgn 1 B dlm Maths .. subjek yg lain.. C n D..



Kami teruskan usaha membimbing dia.. masukkan tusyen.. ajar di rumah..
Saiful anak yg sangat patuh.. lurus bendul (hehe )... dan sangat berusaha untuk berjaya.. Alhamdulillah.. keputusan PMR nya 1 A dlm Maths.. dan yg lain..Bs n Cs.. tiada fail.. ok laa kan.. dia memang suka maths..

Masuk Fm 4.. subjek makin susah.. dia ambik jurusan sains pertanian.. kerana maths dia bagus.. dia struggling jugak nak survive sampai SPM.. tapi kami bnyak bagi dia motivasi.. satu dia nii.. dia suka sangat tolong orang.. cikgu2 dia semua kenal dia.. suka kat dia.. kerana dia ringan tulang.. dah laa badan dia besar.. memang sesuai buat keje berat kann.. haha.. dia suka sgt aktiviti kokurikulum..

And once again.. Alhamdulillaah..he manage to get 2 As in Maths and Science.. kami sangat bangga masa tu..

Berbekalkan 2 As tu.. dia berjaya menjejak kaki ke Politeknik Port Dickson... terkejut gak.. kerana dia dapat engineering.. tapi dia kata.. dia nak cuba jugak..

Selama 3.. 1/2 tahun di politeknik... dia sangat dedicated.. pensyarah2nya suka pada dia.. popular betul dia kat sana.. kerana dia rajin menolong.. aduhai.. mak n abah dia ni risau dia kena buli je.. pasal.semua dia nak buat.. awex2 pun ramai yg suka dia pasal sifat dia yg rajin tolong orang ni.



Dia tak kacau orang.. pasal dia tak suka org marah kat dia.. kami selalu marah dia gak.. pasal pelajaran dia agak merosot .. bnyak sangat aktiviti luar darjahnya tu..
Dia jadi fasilitator and JPK kamsis.. so.. bnyak lagi laa aktiviti.. hmmm..

Tapi dia suka n seronok sgt belajar kat situ.. sampai cuti break pun.. dia taknak balik JB.. kalau org lain.. dah menggeletek nak balik bila cuti .. kannn. So.. akhirnya.. dia berjaya jugak abiskan diploma dia ni.. alhamdulillah..

But .. memang banyak kena bantu dia dlm bidang sosial nya..
Bnyak kena ajar dia mcmana nak menjawab soalan...ketika berbual.. bnyak kena motivate dia.. saya memang garang dgn dia.. pasal kalau tak.. dia ingat semua dia buat tu.. betul je.. sampai skrg saya masih guide dia cara2 nak berbual.. nanti kan susah bila kena interview keje ..kan.



Akhirnya.. bagi parents yg ada anak2 yg conditionnya seperti saiful.. teruskan usaha.. memang bnyak n payah nak bagi pendidikan kat mereka ni.. bnyak kena sabar.. doa... pujuk.. bagi semangat..
Tunjuk ajar.. dalam semua aspek.. even.. saya kena ajar dia .. nak cari isteri yg bagaimana..
Pasal dia ingat.. semua orang baik... semua perempuan baik2.. hehe..

So.. doakan saiful dapat kerja yg baik ye..
Semoga anak2 kita berjaya dalam kehidupan mereka.. walau apa bidang yg mereka ceburi.. walau apa keputusan yg mereka achieve.. kita mesti berbangga.. mereka dah usaha.. in sha Allah..
Terima kasih yg tak terhingga kepada guru2 di SK dan SM Taman Mutiara Rini kerana banyak memberi tunjuk ajar pada Saifullah...

Terima kasih kerana membaca coretan saya ni.. saya bangga dan sayang anak saya nii.. my special son..

Oh ye.. lupa lak.. Saiful ni pandai masak.. sedap sgt kalau dia masak.. specialty dia...nasi goreng kampung ..( mak dia pun kalah )....pasal tu dia besar.. pasal dia suka makan.. so.. saya selalu kata..kalau suka makan.. kena laa pandai masak.. nanti senang.. hehe - Siakapkeli.my

Post a Comment

0 Comments

loading...