Isteri Disimbah Asid Selepas Suami Tidak Puas Hati Kerana Lahirkan Anak Perempuan


Seorang isteri disimbah asid oleh suaminya kerana melahirkan anak perempuan dan bukannya anak lelaki seperti yang diingininya.

Mangsa, Farah, 25 sedang tidur ketika insiden tersebut berlaku hingga mengakibatkan dia mengalami kecedraan di bahagian muka, tangan dan perut.

Insiden yang dilakukan oleh suaminya, Siraj, dipercayai terjadi di bandar Modarabad dekat New Delhi pada Isnin lalu.

Menurut Siraj, isterinya gagal memenuhi tuntutan mas kahwin dan tidak melahirkan anak lelaki.

Lelaki berusia 32 tahun itu dikehendaki polis kerana mengakibat kecederaan menggunakan asid.

Kakak mangsa, Nusrat Jahan berkata, adiknya berkahwin dengan seorang buruh lapan tahun lalu, tetapi mula berdepan dengan konflik rumah tangga tahun lalu apabila suaminya menuntut mas kahwin.

Tambahnya lagi, anak perempuan kedua Farah yang baru dilahirkan baru-baru ini didakwa sebagai punca serangan asid.

Farah berkata, keluarga suaminya mula menyukarkan keadaannya selepas dia melahirkan anak perempuan yang pertama.

Sumber- Dailymail

Post a Comment

0 Comments

loading...