
Malaysia merupakan negara majmuk, rakyatnya hidup berbilang bangsa dan agama, semuanya hidup harmoni bersama, kalau ada sikit-sikit ianya tidak lebih seperti sekadar usik-usik seperti dengan adik beradik sendiri.
Dalam hidup bermasyarakat kita hasruslah saling memahami, bertolak ansur, jangan bila terjadi sesuatu terus ditunding jari kepada sesuatu kaum dan agama, kerana kaum dan agama tidak sesekali bersalah melainkan sikap individu itu sendiri.
Isu anjing diletakkan di dalam troli bukanlah isu baru, ianya sering terjadi sebelum ini, namun selepas lama tidak mendengar ianya terjadi lagi baru-baru ini.
Terbaru, kejadian berlaku di sebuah pusat membeli belah di Melaka, seorang pengguna Facebook bernama Firdaus Majid telah memuatnaik status berkenaan, beliau memuatnaik beberapa keping gambar menunjukkan seorang wanita berdiri dengan seekor anjing pula berada di dalam troli.

Menurut Firdaus, anjing yang diletakkan di dalam troili itu telah kencing menyebabkan suami kepada wanita di dalam gambar berkenaan bertindak mengelap kencing anjingnya itu dengan tisu tandas.
Menyedari keadaan ini isterinya telah pergi ke kaunter pihak pusat membeli belah berkenaan untuk meminta mereka menyamak troli tersebut kerana bimbang ada orang lain menggunakannya pula.
"Saya tidak sempat untuk tegur pasangan itu, ketika kejadian ramai orang lalu lalang kerana berada di sebelah tandas, semua yang melihat termasuk dari orang Melayu sendiri buat tak tahu sahaja," katanya kecewa dengan sikap masyarakat.
Selepas menghubungi pihak pusat membeli belah, mereka telah menghantar dua orang 'incharge' untuk mengambil troli berkenaan untuk di sertu.

"Sebab itu kami ambil inisiatif jaga troli itu sampai selesai semua urusan, peringantan kepada semua, baik Malayu, Cina, India dan lain-lain, janganlah sibuk sangat main telefon sampai sanggup butakan mata dalam hal begini, dah nampak tapi senyap pergi macam itu saja," tulis beliau. - Siakapkeli.my

0 Comments